Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Penyanyi Britain Kahwin Dengan Hantu ‘Kaki Mabuk’, Dakwa Majlis Dihadiri King Henry dan Elvis Presly

Pelik tapi benar! Penyanyi wanita Britain, Brocarde membuatkan pengakuan berani apabila mendedahkan dia berkahwin dengan hantu bernama Edwardo.

Memetik laporan New York Post, Brocarde memberitahu suaminya itu dipercayai datang daripada golongan bangsawan Victoria dan jejaka tersebut muncul secara tiba-tiba dalam biliknya.

Bermula detik itu, mereka telah menjalinkan hubungan cinta tanpa pengetahuan ramai. Namun, hubungan mereka mengalami masalah selepas dia mendedahkan percintaan secara terbuka.

“Saya menulis lagu untuk menambat hati Edwardo semula selepas dia hubungan kami mengalami masalah. Dalam lagu berkenaan, saya menyatakan jiwa sentiasa meronta-ronta sejak bertemu Edwardo,”ujarnya.

Dedah Brocarde, dia sangat kecewa dengan suaminya sebaik sahaja mereka berkahwin kerana didakwa ‘minum’ terlalu banyak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, dia sendiri menjadi mangsa untuk membuat pembayaran memandangkan suaminya tidak mempunyai kad bank.

“Kami tiba di lokasi bulan madu dan dia memesan sebanyak 12 botol minuman keras. Namun, dia tiada kad untuk bayar dan terpaksa menggunakan duit saya,”katanya.

Sementara itu, Brocarde meluahkan rasa cemburu apabila suaminya berpeluang melihat aktres, Marilyn Monroe yang turut hadir di majlis resepsi perkahwinan mereka.

“Suami saya sangat teruja melihat Marilyn Monroe masa itu. Dia tak dapat menahan diri dan ingin berkata wanita itu terlalu seksi,”katanya dengan nada cemburu.

Selain Marilyn, Brocarde memberitahu majlis perkahwinanya itu turut dihadiri King Henry dan Elvis Presly.

Sumber: New York Post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd