Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Henry Cavill Berhenti Pegang Watak Superman, DC Universe Cari Pelakon Baru

Pelakon superhero terkenal yang memegang watak sebagai Superman, Henry Canvill hari ini memaklumkan yang dia telah mengambil keputusan berhenti untuk memerankan watak terbabit.

Tidak mahu berlakon jadi Superman lagi

Dalam nota yang dikongsikan di Instagramnya, Henry Canvill memaklumkan dia sudah bertemu dengan James Gunn dan Peter Safran dan berbincang berkenaan hal tersebut.

Ujarnya, dia sudah tekad tidak kembali membintangi filem DC Universe dan perkara terbabit telahpun disepakati oleh kedua-duanya.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Henry Cavill (@henrycavill)

Penggantian pelakon baru jadi alasan undur diri

Dalam pada itu, aktor kacak tersebut mengatakan yang penggantian pelakon baru untuk watak terbabit menjadi salah satu punca mengapa dia mengundur diri daripada memegang watak superhero berkenaan.

Tetap sokong dan doakan kejayaan DC Studio

Walau bagaimanapun, dia tetap menghargai keputusan DC dan mendoakan agar filem-filem terbitan DC  dan mereka yang terlibat turut berjaya di masa hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Henry Canvill sempat membuat peminat filem tersebut ‘terkejut’ apabila membuat naik teaser untuk filem Superman terbaru sekitar beberapa minggu lepas dan sempat mengucapkan ‘selamat kembali’ kepada aktor itu untuk membintangi filem superhero ikonik terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, setelah James Gunn dan Peter Safran dilantik menjadi co-CEO DC Studio, perancangan untuk mengembalikan Henry Cavill sebagai Superman nampaknya tidak berjaya.

Hal tersebut sama seperti hantaran yang dimuat naik oleh Gunn di akaun Twitternya dimana merancang untuk menggantikan watak Superman DCU kepada pelakon yang lebih muda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Henry Cavill, Twitter James Gunn

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd