Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Terlibat Dalam Rangkaian Jenayah Seksual, Seungri Bakal Keluar Penjara 100 Hari Lagi

Sedar tak sedar, tinggal beberapa bulan sahaja lagi bekas anggota kumpulan K-Pop terkenal, Big Bang iaitu Seungri akan dibebaskan  dari hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya.

Terbabit dalam rangkaian jenayah seksual

Pada Mei 2022, Mahkamah Agung Korea Selatan dilapor telah menjatuhkan hukuman satu tahun enam bulan penjara terhadap Seungri, atau nama sebenarnya Lee Seung Hyun selepas melakukan beberapa rangkaian jenayah sekitar tahun 2020.

Bakal bebas Februari tahun depan

Antara jenayah yang dilakukan termasuklah pelacuran, perjudian di peringkat antarabangsa, penerbitan kandungan lucah serta melakukan ugutan.

Menerusi penulisan dari Gempak! merujuk kepada laporan media tempatan, kurang dari seratus hari lagi Seungri akan dibebaskan apabila telah menjalani hukuman selama setengah tahun selepas Supreme Court Korea Selatan memutuskan dirinya bersalah dengan 9 kes jenayah pada Januari 2020.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia memungkinkan selebriti tersebut untuk bebas pada Februari 2023 kelak.

Netizen banyak yang terkejut

Susulan daripada itu, kebanyakan netizen berasa terkejut kerana tidak sedar masa berlalu begitu pantas sehinggakan artis yang penuh kontroversi terbabit bakal bebas beberapa bulan dari sekarang.

Ada juga yang menzahirkan rasa bimbang jika dia kembali melakukan kegiatan tidak bermoral semula memandangkan hukuman yang dikenakan terhadapnya dianggap ‘ringan’ oleh sesetengah netizen.

Untuk rekod, Seungri yang terbabit dalam beberapa rangkaian jenayah seks telah dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara namun hukuman tersebut berjaya dikurangkan menjadi satu tahun setengah sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Gempak! (Malia Surip)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd