Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hamilkan Bekas Kekasih, Kim Hyun Joong Didakwa Culas Bayar Nafkah Anak Selama 8 Tahun

Nama aktor dan penyanyi Korea Selatan, Kim Hyun Joong sekali lagi menjadi bualan hangat ramai apabila timbul spekulasi baharu mengatakan dia enggan membayar nafkah anak.

Menurut laporan Allkpop, Kim Hyun Joong yang pernah popular dalam drama berjudul Boys Over Flowers itu dikatakan tidak mahu membayar nafkah selama lapan tahun berturut-turut.

Menurut sumber, Hyun Joong tidak pernah membayar nafkah anak hasil hubungan dengan bekas teman wanitanya dikenali Mrs A dan dia pernah hamil 2 kali.

Bagaimanapun, Mrs A mengalami keguguran ekoran dikasari oleh Hyun Joong sebelum bertindak memfailkan saman berjumlah RM5.4 juta. Kesan daripada insiden berkenaan, Hyun Joong terus menyepi dari dunia hiburan kerana imejnya sudah tercemar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terbaharu, bekas teman wanita Hyun Joong meluahkan rasa kesal kerana aktor itu tidak pernah melawat dan berjumpa dengan anak lelaki mereka yang kini berusia 7 tahun hingga hujung tahun lalu.

“Anak lelaki dia dilahirkan pada 2015, tetapi Kim Hyun Joong tidak pernah datang melawat dia. Sehingga kini, mereka tidak pernah berjumpa sehinggalah anak berusia 7 tahun pada tahun lalu,”ujar sumber.

Sementara itu, mahkamah telah memberi arahan agar Hyun Joong membayar nafkah anak sebanyak RM6,700 pada setiap bulan kepada Mrs A. Namun begitu, pelakon berusia 36 tahun itu memohon agar jumlah tersebut dikurangkan memandangkan gajinya hanya RM237,000 sebulan.

Malah, dia juga perlu menanggung seorang lagi anaknya bersama isterinya yang sah.

“Kadar nafkah untuk anak pada tahun 2021 untuk ibu bapa bukan jagaan dengan pendapatan tahunan RM24,000  adalah sebanyak RM5,300 sebulan kepada penjaga kanak-kanak itu,”ujar sumber.

Sumber berkata, Mrs A malu dengan permintaan Hyung Joong mengurangkan duit nafkah anak lelaki mereka walaupun ia dilahirkan tidak sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Allkpop

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd