Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Terima RM922 Juta Setahun, Cristiano Ronaldo Sedia Beraksi Di Kelab Arab Saudi

Pemain bolasepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo difahamkan menerima  tawaran kontrak mega bernilai £172.9 juta (RM922 juta) setahun bersama kelab dari Arab Saudi, Al Nassr.

Bersetuju dengan tawaran kelab

Menerusi penulisan Harian Metro memetik daripada laporan agensi, pemain pasukan Portugal itu bersetuju dengan tawaran tersebut setelah kontraknya bersama pasukan Manchester United tamat awal bulan lepas susulan kenyataannya dalam temu bual bersama Piers Morgan yang mencetuskan kemarahan hierarki United.

View this post on Instagram

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiada pilihan lain

Pada awalnya, Cristiano memilih untuk bersama pasukan yang berada di dalam Liga-Liga Juara Eropah sahaja pada musim panas depan selepas enggan lagi berada di Old Trafford namun menolak untuk bermain di Arab Saudi.

Namun, disebabkan tiada tawaran serius, dia tidak mempunyai pilihan lain dan mengalihkan tumpuan ke negara Teluk itu.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

Masih boleh beraksi hingga usia 40 tahun

Difahamkan pemain berusia 37 tahun itu menerima tawaran berkenaan dengan  bersetuju mengikat kontrak selama dua tahun setengah dengan Al Nassr bernilai £172.9 juta (RM922 juta) setahun dan akan beraksi sehingga berusia 40 tahun.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

Laporan dari media Sepanyol, Marca itu juga memaklumkan tiada kelab Eropah atau MLS yang ‘berani’ menawarkan jumlah yang sama atau paling hampir dengan tawaran Al Nassr.

Walau bagaimanapun, pemain itu dilihat sedang fokus menghadapi Piala Dunia di Qatar 2022 dan membuat persiapan berdepan Korea Selatan pada saingan peringkat kumpulan berdepan Korea Selatan Jumaat ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd