Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ada Masalah Wajah, SRK Tak Geli Cium Peminat Raih Pujian -“Mulianya Hati!”

Nama raja Bollywood, Shah Rukh Khan rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, hero pujaan ramai itu terkenal dengan sikapnya yang murah dengan senyuman dan sentiasa ramah apabila melayani peminatnya.

Baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @syahrullgyan di laman TikToknya, kelihatan Shah Rukh Khan sedang bergambar dengan peminatnya di sebuah majlis.

@syahrull_gyan

Om #srk gak sombong ya…

♬ original sound – syahrullgyan – syahrullgyan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagusnya Shah Rukh Khan!

Apa yang menarik perhatian netizen, bintang yang berusia 57 tahun itu bukan hanya bergambar bersama malah, dia tidak berasa malu untuk mencium peminatnya itu meskipun mempunyai masalah di bahagian wajah.

Tindakan murni dan merendah diri aktor itu telah membuatkan ramai yang memujinya dan meluahkan rasa kagum dengan sikap positif Shah Rukh Khan yang sentiasa memberi inspirasi kepada umum.

Layan dengan penuh kasih sayang, memang tabik!

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa sebak mereka apabila melihat Shah Rukh Khan melayan peminat dengan penuh rasa kasih sayang tanpa mempunyai perasaan negatif.

Sumber: TikTok @syahrullgyan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd