Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Mahu Malaysia Bertaraf Dunia? Jadikan Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri, Pesan Lim Kit Siang

Pemimpin veteren DAP Lim Kit Siang menyifatkan Malaysia mampu menjadi negara bertaraf dunia sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Memetik laporan Malaysia Gazette, beliau yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, undian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini juga merupakan undi untuk lapan lagi PRU akan datang.

Foto; Google

“Saya ada pesanan khas kepada para pengundi di Malaysia. Apabila mereka mengundi dalam pilihan raya umum ke-15, mereka sebenarnya mengundi untuk lapan pilihan raya umum akan datang untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.
“Untuk memulakan proses bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara majmuk bertaraf dunia yang hebat menjelang ulang tahun ke-100 negara, empat dekad dari sekarang…
“…bukan menjadi sebuah negara kleptokratik yang rosak dan gagal,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan DAP Kepong baru-baru ini.

Foto; Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kit Siang berkata, proses tersebut bagaimanapun perlu disambung oleh pemimpin lain juga kerana ia adalah usaha yang mengambil masa berpuluh tahun lamanya untuk dijayakan.

“Proses untuk membina semula Malaysia adalah usaha yang memakan masa berdekad-dekad. Bukannya lima tahun dalam satu kitaran pilihan raya umum dan tidak akan dicapai oleh Anwar.
“Sebaliknya usaha ini mesti diteruskan oleh generasi baharu pemimpin Malaysia – tetapi bukan pemimpin Melayu, pemimpin Cina, Pemimpin India…
“…pemimpin Kadazan atau pemimpin Iban yang tidak tahu apa itu erti untuk mengutamakan Malaysia,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Anwar yang juga Presiden PKR mengumumkan akan bertanding di Parlimen Tambun selain mengesahkan bahawa beliau adalah calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan.

Sumber: Malaysia Gazette (Khairulanuar Yahaya)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd