Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Acha Septriasa ‘Dibahan’ Netizen, Gelar Anwar Ibrahim Sebagai Pemimpin Antirasuah

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon dari negara sebarang Acha Septriasa bercuti di sekitar Kuala Lumpur bersama suaminya, Vicky Kharisma dan anak perempuan mereka dikenali sebagai Bridgia.

Malah, selebriti berusia 33 tahun itu turut mempunyai peluang bertemu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digelar sebagai pemimpin antirasuah berpengaruh di negara ini.

View this post on Instagram

A post shared by Acha Septriasa (@septriasaacha)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara itu dikongsi menerusi satu hantaran foto di laman Instagram yang memaparkan dia bergambar dengan Ketua Pembangkang itu dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain aktor Farid Kamil.

“Bertemu dengan pemimpin antirasuah berpengaruh di Malaysia, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di Kuala Lumpur,” tulis Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa.

Namun, kapsyen ditulis penyanyi yang popular dengan lagu My Heart itu menjadi bahan ketawa warganet di laman Twitter dengan menyifatkan dia belum cukup mengenali pembabitan Anwar dalam dunia politik.

Segelintir warganet mendakwa, pemimpin berusia 75 tahun itu pernah terbabit dalam kes rasuah salah guna kuasa sehingga dijatuhkan hukuman penjara yang dilakukan pada tahun 1997.

Sekarang kamu dah tahu?

Tapi kes tu sunyi, asyik pasal liwat je?

Kesian kena tipu?

Nasib dia bukan rakyat Malaysia

Terdahulu, Acha pernah melanjutkan pelajaran di Universiti LimKokWing di Cyberjaya dalam bidang komunikasi massa di peringkat sarjana sekali gus mempunyai ramai kenalan di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Acha Septriasa , Twitter @ReeNGaston

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd