Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dakwaan Zahid Hamidi Jadi PM, Betul Ke Tu Taktik Pembangkang Jatuhkan Pihak Lawan?

Jika dilihat di media sosial, ada pihak mendakwa Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Eh kenapa timbul khabar angin macam tu? Untuk lebih jelas, seorang pengguna TikTok mengulas tentang matlamat Pakatan Harapan (PH) menerusi sebuah video di akaun @bacapolitik dimuat naik baru-baru ini.

Menurut lelaki tersebut, dia mendakwa PH seolah-olah menaikkan nama Zahid sebagai Perdana Menteri berdasarkan kempen kerana mempunyai propaganda tersendiri berdasarkan kempen PRU15 yang dibuat secara dalam talian.

@bacapolitik

Pakatan harapan takut pada Ismail Sabri #kestabilandankemakmuran #pru15 #pru #malaysia #masadepan #fyp #fypシ #fypage #keluargamalaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

“Selama ni memang semua orang tahu pun, skill ataupun view PH cara nak jatuhkan pihak lawan..
“Memang sengaja promote pemimpin-pemimpin pihak lawan yang adalah masalah integriti, rasuah. Tapi semua tu takde pada Ismail Sabri,” katanya.

Dia berkata, PH mempunyai matlamat kepada reformasi institusi tetapi malangnya semua perkara itu telah dilaksanakan oleh Ismail yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sementara atau “caretaker”.

“Reformasi institusi yang selama ini cuba dibawa PH dengan UNDI18, MA63, akta anti-lompat parti akhirnya dilunaskan oleh seorang Perdana Menteri dari BN iaitu Ismail Sabri.
“Jadi sebab itu perkara ini menimbulkan keresahan dan ketakutan yang selama ini PH jangkakan, watak sebegini (Ismail) tiada dalam BN. Jadi mereka cuba gelapkan seolah-olah BN masih berada di takuk lama.
“Sedangkan Ismail dah bawa perubahan dalam BN. Beliau adalah wajah baharu BN, tapi PH tak boleh terima. Sebab tu dia masih nak kekalkan muka-muka lama dan cuba untuk gelapkan sisi Ismail,” katanya lagi.

Video yang mendapat 7,727 tanda suka dan lebih 2,500 reaksi itu dilihat membuka mata warganet untuk melihat ‘permainan’ pihak lawan dalam usaha bagi memenangi PRU15.

Barisan Nasional pilihan terbaik! Hidup UMNO

 

Tak payah pening, pangkah BN je

 

Terbaik bro! Aku nak undi BN

Terdahulu, Zahid menafikan dakwaan beliau akan dilantik menjadi Perdana Menteri tetapi menegaskan bahawa Ismail adalah kekal sebagai calon menerusi keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada April lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @bacapolitik

Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd