Buat penggemar dunia hiburan Thailand, pasti ramai teruja dan tidak sabar untuk berjumpa dengan idola kesayangan mereka terutama peminat drama adaptasi F4, bukan?
Kini, empat hero pujaan ramai dalam drama adaptasi Boys Over Flowers versi Thailand iaitu Vachirawit Chivaaree (Bright), Jirawat Sutivanichsak (Dew), Metawin Opas-iamkajorn (Win) and Hirunkit Changkham (Nani) bakal menemui peminat pada 5 November nanti bertempat di Tropicana Gardens Mall Convention Centre.
Khabar gembira ini dimaklumkan sendiri oleh pihak penganjur di media sosial mereka termasuklah GMMTV.
“BRIGHT, WIN, DEW dan Nani akan datang ke Malaysia pada bulan hadapan bagi konsert jelajah Asia Shooting Asia! Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk berjumpa dengan Bright, Win, Dew, dan Nani pada 5 November 2022.
“It’s gonna be a memorable night sky full of shooting stars.”tulis GMMTV di laman Twitter mereka.
Tiket mula dijual pada hari esok (Rabu) pada jam 11 pagi di ticket2u serendah RM388 sehingga RM688 bagi VIP.
Malah, turut disertakan pelan tempat dan beberapa keistimewaan yang bakal pembeli bagi setiap kategori iaitu CAT3, CAT2, CAT1 dan VIP perolehi.
Free standing untuk semua? Tak berbaloi!
Bagaimanapun, terdapat suara-suara kurang manis didengari apabila ramai mengeluh dan mengkritik harga tiket yang ditawarkan terutama VIP, lokasi konsert dan keistimewaan yang diperoleh.
Mereka mengatakan pihak penganjur tidak memikirkan beberapa faktor lain terutama kepuasan peminat yang hadir. Katanya, ia adalah konsert dan sesi bertemu peminat dan artis kegemaran, tetapi mereka tidak menyediakan seats. Sebaliknya hanya free standing bagi kesemua kategori tiket.
@naddyvc Turn off teruk lah. #fyp #f4shootingstar
♬ original sound – Naddy Nattawin☀️แนดดี – Naddy Nattawin☀️แนดดี
@naw_msbr Being Thaienthu Malaysian is so hard😔🥺 Jom Bangkok 🇹🇭 #shouldbeme #f4thailand #f4concert #brightvachirawit #winmetawin #nanihirunkit #dew_jsu #anaksenithai #thaienthu #gmmtv #fypシ
Mungkin kita boleh bawa kerusi sendiri? Tapi, harap tak nampak kepala orang depan sahaja. Hehe.
Sumber: Twitter GMMTV, TikTok @naddyvc,