Dalam filem Hollywood, adegan ciuman antara pelakon mungkin kelihatan sangat biasa dan ia bukanlah sesuatu babak yang melampau untuk dilakukan. Mereka haruslah bersikap profesional bagi menjayakan watak tersebut walaupun sudah mempunyai pasangan hidup atau sebagainya.
Bagaimanapun, tular dakwaan mengatakan aktres tersohor Hollywood, Angelia Jolie yang dikatakan enggan mencium Johny Depp ketika menjalani penggambaran filem berjudul The Tourist melainkan aktor itu menggunakan ubat kumur.
Menurut portal Fandomwire, Angelina yang juga sukarelawan UNHCR bertindak sedemikian kerana Depp menghadapi masalah nafas berbau sehingga menyukarkan dia memberi fokus dan kerjasama.
Selain itu, sikap Depp yang tidak mementingkan kebersihan diri juga merupakan penyebab dia enggan bertindak sedemikian.
“Depp selalunya berbau kerana dia jarang mandi. Dia tidak begitu mementingkan kebersihan diri. Kebersihan diri bukanlah keutamaannya.
“Apabila Depp muncul untuk bekerja atau melancong, dia biasanya dalam keadaan buruk,”
Bagaimanapun, ada sumber mengatakan Depp akan bertukar sepenuhnya apabila dia tiba di set penggambaran.
“Dia akan menjadi pakar sepenuhnya jika dia muncul untuk kerja di set, tetapi itu tidak bermakna dia akan berkilat dan bersih. Gaya rambutnya, solekan dan kostum yang dipakai akan dilakukan oleh pihaknya terhadap penampilan dalam sesuatu naskah filem. Secara peribadi, dia cukup perwatakan.”
Menjawab isu tersebut, ramai peminat Johnny Depp membelanya. Segelintir daripada mereka menyatakan bahawa Depp merokok dan itu yang menyebabkan nafasnya tidak segar.
Sumber: Fandomwire