Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hailey Dedah Kisah ‘Ranjang’ Kepada Umum -“Saya Suka Lakukan Waktu Pagi”

Umum sedia maklum, pasangan selebriti dari Hollywood, Justin Bieber dan Hailey Baldwi baru sahaja mendirikan rumah tangga selama empat tahun.

Meskipun pasangan merpati dua sejoli itu belum dikurniakan cahaya mata, mereka kelihatan sentiasa bahagia. Buktinya, Justin sentiasa membawa Hailey kemana sahaja dia berada termasuklah semasa membuat jelajah konsert di serata dunia.

Menerusi temu bual dalam program Call Her Daddy, Hailey berlapang minda dan tidak berasa malu untuk berkongsi kisah dalam selimut rumah tangganya bersama Justin.

Ujarnya, dia mendedahkan mengenai hubungan intim bersama Justin yang gemar dilakukannya pada waktu tengah malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, dia juga tidak pernah menolak untuk melakukan hubungan intim pada waktu pagi bersama penyanyi yang berusia 28 tahun itu.

“Saya juga suka melakukan ‘hubungan’ pada waktu pagi,” jelasnya.

Bagaimanapun, dia tidak mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal tersebut kerana baru tersedar bahawa program itu turut ditonton oleh keluarganya.

Sumber: Kosmo (Mohammad Shahemy Azmi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd