Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Dihentam Netizen, Baim Wong Minta Maaf ‘Prank’ Polis Isu Keganasan Rumah Tangga

Selebriti tersohor Indonesia, Baim Wong menerima kecaman hebat daripada warganet selepas dia memuat naik konten ‘prank’ terhadap pihak polis Indonesia.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Youtube miliknya (kini telah dipadam), isteri Baim Wong iaitu Paula Verhoezen dilihat membuat laporan polis ‘kononnya’ dia menghadapi masalah kekerasan dalam rumah tangga (KDRT).

Difahamkan, Baim dan isteri meluahkan rasa hiba terhadap nasib menimpa rumah tangga pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizki Billar. Pun begitu, tidak semena-mena mereka mendapat idea untuk melakukan konten kononnya Paula turut mengalami KDRT.

@bluestoo

lucu? #kdrt #leslar #baimpaula #sick

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ why ppl using this sound – ohhyejin

@shikka_qulbi

Baim Paula kenapa sih gini amat cari cuan? Walaupun video udh di takedown Tapi tetap loh jejak digital akan tetap ada.DIEM aja lo baim Paula. #TeamCentury12 #baimwong #paulaverhoeven #fypシ

♬ suara asli – shikka_qulbi – shikka_qulbi

Ekoran menerima kecaman hebat daripada warganet, Baim Wong tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang terasa hati dengan tindakan dia dan isteri kerana tidak sensitif mengenai sesuatu isu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Maafkan saya dan keluarga. Semoga kedepannya menjadi lebih baik. Terima kasih atas teguran dan pembelajaran,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim mengucapkan terima kasih buat semua yang memberikan teguran kepada mereka berdua.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berterima kasih kepada semua yang memberi teguran walau dengan cara apa-apa pun. Teguran itu memang harus diingatkan, sebagai manusia, salah diingatkan, salah diingatkan. Malah, saya sering berpesan tolong ingatkan saya jika saya salah. 

Selain itu, Baim turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa pasangan mengalami masalah kekerasan rumah tangga dan berharap agar pihak polis dalam menjalankan tugas diberikan dengan penuh amanah.

Sumber: Instagram @baimwong,  TikTok ( @shikka_qulbi, @bluestoo

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd