Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sering Meluangkan Masa Bersama, Brad Pitt Lamun Cinta Dengan Isteri Orang?

Pelakon Hollywood terkenal, Brad Pitt menjadi bualan netizen sekali lagi apabila dia dikatakan sedang dilamun cinta bersama seorang model, Emily Ratajkowski.

Menurut laporan People, kedua-dua selebriti itu sering dilihat keluar bersama namun, sejauh mana hubungan antara mereka sama ada bercinta atau tidak masih tidak dapat dipastikan lagi.

“Mereka sering meluangkan masa bersama namun rakan-rakan rapat tidak tahu adakah hubungan mereka serius. Mereka tidak dilihat sebagai pasangan bercinta,” jelas sumber.

Apa yang lebih menghangatkan keadaan, difahamkan Emily kini dalam proses untuk bercerai dengan suaminya yang juga merupakan seorang penerbit filem Sebastian Bear McClard.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Emily mendirikan rumah tangga bersama Sebastian sejak empat tahun lalu namun dikatakan sudah berpisah pada Julai lalu.

Sekadar info, Pitt yang berusia 59 tahun pernah membina mahligai bersama aktres popular, Angelina Jolie dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Shiloh, 16 dan pasangan kembar Vivienne dan Knox, 14.

Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Maddox, 21, Pax, 18 dan Zahara, 17.

Sumber: People (Charlotte Triggs dan Charmaine Patterson)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd