Jika anda pengguna media sosial, sudah tentu terdengar orang ramai sibuk bercerita atau menyanyikan lagu ‘begitu sulit lupakan Rehan’ sehingga suara wanita terbabit terngiang-ngiang di telinga.
Selepas video dan lagunya tular, wanita dikenali sebagai Intan Lembata Bunting telah dipanggil ke stesen televisyen Indonesia dan bercerita siapakan sebenarnya ‘Rehan’ apabila namanya kerap diucapkan dan dimasukan dalam lirik lagu milik The Junas bertajuk Cukup Dikenang Saja.
Kali pertama jumpa ‘Rehan’ di hutan
Disebabkan dirinya viral selepas video TikTok berkenaan tersebar meluas, dia telah dipanggil ke beberapa podcast untuk berkongsi kisahnya bersama ‘Rehan’.
Menerusi potongan video yang dimuat naik ke @_podcastindonesia, Intan Lembata Bunting telah bercerita bagaimana dia bertemu dengan ‘Rehan’.
@_podcastindonesia
Jagung dan pokok menjadi saksi
Menurutnya, dia telah tertidur di dalam hutan sewaktu menanam jagung dan bermimpi lelaki terbabit yang sama sekali tidak pernah dikenalinya di alam nyata.
Dia juga menyatakan yang badannya yang berisi itu bukanlah disebabkan berat badan berlebihan tetap ‘dihamili’ sebanyak 16 kali oleh ‘Rehan’.
@_podcastindonesia Raihan mana raihan #podcast #intanlembata #raihan #anggacandra #viral
Auto berdekah tengok dia merepek
Halusinasi yang dikongsikan wanita terbabit benar-benar membuatkan netizen pening dan keliru sama ada ceritanya itu sahih ataupun tidak.
Namun kebanyakan mereka sedar bahawa apa yang dikongsikan adalah satu khayalannya sahaja lebih-lebih lagi sewaktu dia becerita tentang dirinya yang hamil anak kepada lelaki yang amat dicintainya itu.
Banyak sangat tengok sinetron
Nasib dia tak mimpi jagung
Dunia khayalan dunia impian
Sumber: TikTok @_podcastindonesia