Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hamil Anak Pertama, Honey J Umum Akan Berkahwin – “Saya Sungguh Bahagia”

Sejak kebelakangan ini, beberapa selebriti dari Korea Selatan telah membuat pendedahan mengenai berita perkahwinan mereka di media sosial secara tidak langsung memberi kejutan kepada orang ramai terutamanya dalam kalangan peminat.

Tidak terkecuali, baru-baru ini penari terkenal, Honey J memaklumkan di laman Instagramnya yang dia bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang dicintainya kepada umum.

View this post on Instagram

A post shared by HaNee Jeong🦋Honey J (@__honey.j__)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berita gembira itu sudah semestinya mengejutkan para peminatnya dan apa yang lebih mengujakan, Honey turut memberitahu yang dia kini sedang berbadan dua.

“Sebelum tahun ini berakhir, saya akan melangsungkan perkahwinan. Dia seorang yang sangat baik dan selalu mengutamakan saya.
“Saya juga ingin berkongsi satu lagi berita gembira. Ada satu nyawa kecil dikandung saya. Saya sungguh bahagia dan tidak mampu meluahkannya dengan kata-kata,” ujarnya.

Pun begitu, siapa gerangan lelaki yang dicintainya itu masih misteri dan menjadi tanda tanya kerana Honey hanya memuat naik sebuah gambar bayangan dia bersama jejaka tersebut.

Sumber: Instagram @__honey.j__, Kosmo (Nor Eryani Yusup)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd