Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Israel desak Meta & TikTok Buang Kandungan Berkaitan Konflik Di Palestin

Israel mendesak Meta dan TikTok untuk mengeluarkan lebih 8,000 kandungan media sosial yang berkaitan dengan konflik peperangan di Palestin.

Israel desak, dakwa langgar dasar syarikat

Pejabat Pendakwa Raya Israel menyatakan permintaan dan desakan itu dikeluarkan kerana didakwa melanggar dasar syarikat dan berunsurkan keganasan.

Agensi itu juga memaklumkan, lebih 94 peratus daripada kandungan merentas laman sosial utama telah pun dikeluarkan.

Bukan itu sahaja, lagu yang memuji pejuang Hamas dan berfungsi sebagai runut bunyi untuk ribuan video di platform TikTok turut diminta untuk diturunkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Agensi, TikTok memberitahu Forbes bahawa dasarnya adalah untuk mengeluarkan semua kandungan pro-Hamas sebaik sahaja ia dikenal pasti, termasuk menurunkan video yang memainkan lagu itu.

“Dasar untuk mengurangkan kandungan yang melanggar berbeza di seluruh platform, tetapi aplikasi Google, TikTok dan Facebook semua melarang bahan yang mempromosikan atau dihasilkan oleh kumpulan pejuang, termasuk Hamas yang ditetapkan sedemikian oleh kerajaan Amerika Syarikat.
“Selain itu, video yang mengandungi kandungan seperti keganasan atau kebencian terhadap individu atau kumpulan berdasarkan etnik, kewarganegaraan, bangsa atau agama juga diharamkan,”lapor Forbes.

Israel

Artikel lain: Israel Serang Sekolah Al-Quran Malaysia, Ramai Dilaporkan Syahid

Difahamkan, hampir 60 peratus daripada 9,500 jumlah permintaan alih keluar kandungan daripada pejabat pendakwa raya ke laman sosial utama adalah kepada Facebook dan Instagram.

Sementara itu di TikTok, permintaan untuk berbuat demikian adalah sebanyak 26 peratus selain 10 peratus ditujukan kepada platfrom X, yang dahulunya dikenali Twitter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, YouTube dan Telegram juga diminta untuk berbuat demikian dengan masing-masing lima peratus.

“Permintaan penyingkiran kepada semua gergasi media sosial meningkat 10 kali ganda sejak 7 Oktober lalu. 
“YouTube dan Google berkata, ia sudah melihat kemasukan kandungan yang melanggar pada platform sejak perang bermula,”katanya.

Israel

Jurucakap Sarah Colvin Rowley berkata,  pihak mereka telah mengeluarkan puluhan ribu video berbahaya dan menamatkan ratusan saluran berikutan serangan yang semakin memuncak kini.

Sumber: Forbes, Buletin Tv3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd