Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Agus Enggan Sumpah Laknat, Penafian Sudah Cukup Pertahan Maruah

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM),  Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff enggan melafazkan sumpah laknat bagi menafikan sekerasnya dakwaan terlibat dalam berbualan lucah dengan seorang lelaki menerusi rakaman panggilan video yang tular baru-baru ini.

Penafian sudah cukup pertahankan maruah

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, beliau enggan melakukan sumpah laknat tersebut kerana penafian yang dibuat menerusi sidang media tergembar bersama Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33 sudah cukup untuk mempertahankan maruahnya.

“Allahu akbar, dia sumpah…taknak lagi main benda seperti ini. Lets move one the level of questioning lah. (tukar soalan lain). Sudah berlaku, lepas satu…satu,” ujarnya.

Agus dedah video telah diedit

Beliau yang muncul bersama individu dikenali sebagai ‘Wahab’ menerusi video yang tular itu telah menegaskan bahawa rakaman berkenaan telah diedit dan disunting seolah-olah mereka sedang berbual mengenai perkara intim dan hubungan sejenis sedangkan ia sama sekali tidak benar.

Dalam sidang media berkenaan, Agus telah hadir bersama Abdul Wahab dan peguam masing-masing iaitu Zaflee Pakwanteh dari firma guaman Zaflee & Co. serta Mohd. Faizal Abdul Rahman dari Tetuan Faizal Rahman & Co.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Agus buat laporan polis, Wahab akui diarah Mr. H

Mohammad Agus juga telah membuat laporan polis  di Kajang  berkenaan isu tersebut dan akan menghantar surat tuntutan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan video itu.

Menerusi sidang media yang dibuat di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi, Abdul Wahab mendakwa dirinya diarahkan oleh pegawai atasan yang digelarnya sebagai ‘ Mr. H’ untuk merakam perbualan bersama Mohammad Agus.

Dia juga memberitahu bahawa rakaman panggilan video berkenaan tidak seperti yang dilihat kerana panggilan berkenaan tidak mempunyai audio.

Cerita Abdul Wahab, pada November 2023, dia telah berjumpa Mr. H di pejabatnya dan beberapa pertemuan diatur oleh individu berkenaan termasuk membawanya ke Pejabat Perdana Menteri serta hotel di ibu negara untuk berjumpa beberapa individu berpengaruh yang disebut Mr. H.

Advertisement. Scroll to continue reading.

dia mendapat maklumat bahawa Mohammad Agus terlibat dalam aktiviti tidak bermoral selain dia telah ditugaskan untuk ‘membersihkan’ J-KOM dari dalam.

Dia juga telah menyerahkan kepada peguam berhubung senarai individu terlibat termasuk yang memegang jawatan tinggi di dalam J-KOM.

Sekadar info, sumpah laknat merupakan sumpah sebagai Muslim yang dilakukan oleh dua orang atau lebih untuk melaknat orang atau pihak lain yang melakukan perbuatan tertentu.

Walau bagaimanapun, ia tidak diiktiraf secara rasmi dalam undang-undang Syariah Malaysia yang ditadbir secara berasingan oleh setiap negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd Fadhli Mohd Sulaiman)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd