Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kolumnis

Pelajar Pergigian UiTM Dekati Kanak-Kanak Dan Penyu Di Masjid Tanah

Sebuah aktiviti khidmat masyarakat oleh sekumpulan 74 orang pelajar tahun empat, Sarjana Muda Pembedahan Pergigian Fakulti Pergigian, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sungai Buloh, Selangor telah diadakan di Masjid Tanah, baru-baru ini.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada program “Karnival Dental Sure Havoc 2.0” anjuran Pusat Pengajian Sains Praklinikal Fakulti Pergigian UiTM dengan kerjasama Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED), UiTM.

“Karnival yang diadakan buat kali kedua ini diadakan bagi tujuan memupuk semangat keusahawanan dan kesukarelawan di kalangan pelajar pergigian UiTM. Pada edisi kali ini, kami telah menjalankan aktiviti penjualan barangan terpakai sebagai elemen keusahawanan, dan memilih komuniti di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi khidmat masyarakat untuk elemen kesukarelawanan,” jelas Ahmad Arham Hakimi Azhar, pengarah program.

Aktiviti khidmat masyarakat selama sehari di Pantai Tanjung Bidara, Melaka telah dimulakan dengan aktiviti berkumpulan bersama anak-anak dari Pasti Luqman Al Hakim, dan diakhiri dengan aktiviti di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu.

“Bersama anak-anak Pasti, kami telah melakukan aktiviti berasaskan STEM, di mana kami berkongsi mengenai kepentingan memelihara alam sekitar melalui usaha konservasi penyu. Kami juga turu menjalankan permainan rakyat di persisiran pantai bersama mereka. Selain itu, kami turut meluangkan masa di Pusat Konservasi Penyu dengan membersihkan kolam dan mengecat mural bagi memperindah kawasan sekeliling,” terang Ahmad Arham Hakimi.

Menariknya, para peserta program turut berpeluang melepaskan lebih seratus ekor anak-anak penyu yang baru menetas di kawasan jeti Pantai Tanjung Bidara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya berterima kasih kepada pelajar-pelajar ini yang sudi datang bersukarelawan di sini. Saya pasti usaha yang kecil ini amat besar maknanya kepada kami yang berusaha membina semula populasi penyu di perairan negara kita,” kata Muhammad Hanis Rosli, salah seorang kakitangan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Masjid Tanah.

Ahmad Arham Hakimi yakin yang program ini telah mencapai objektifnya, dan berjaya memulakan hubungan yang baik bersama masyarakat setempat.

“Melihat kepada riak wajah rakan-rakan peserta ketika melakukan kesemua aktiviti yang dirancang di Masjid Tanah ini sudah cukup membuktikan yang kami berjaya membawa impak yang positif kepada masyarakat. Saya doakan program sebegini dapat membina sifat kepimpinan pelajar, dan seterusnya menjadi pencetus kepada pembinaan komuniti setempat yang cakna mengenai tanggungjawab memelihara alam sekitar,” katanya mengakhiri perbualan.

Maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti ini boleh didapati melalui Ts. Dr. Norhayati Liaqat Ali Khan di [email protected]

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd