Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

CEO Telegram Tetap Pendirian, Tak Akan Sekat Hantaran Mengenai Palestin

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telegram, Pavel Durov menegaskan pihaknya tetap berpegang dengan pendirian dimana tak akan sekat hantaran mengenai Palestin yang dikongsikan oleh  kumpulan Palestin Hamas.

Menerusi laporan NDTV World, dia memaklumkan setiap perkongsian mengenai keganasan akan disekat daripada terus berleluasa namun, mengenai liputan berkaitan peperangan sangat jarang dijumpai.

Telegram tak akan sekat hantaran mengenai Palestin

Artikel lain: Platform X Kini Lancar Versi Awal Panggilan Suara Dan Juga Video

“Awal minggu ini, Hamas menggunakan Telegram untuk memberi amaran kepada orang awam di Ashkelon supaya meninggalkan kawasan itu sebelum serangan peluru berpandu mereka. 
“Adakah menutup saluran mereka akan membantu menyelamatkan nyawa atau adakah ia akan membahayakan lebih banyak nyawa?” soalnya.

Tambahnya lagi, sebarang maklumat yang disalurkan oleh orang awam menerusi Telegram hanya dijadikan sebagai rujukan untuk pihak tertentu dan bukan semata-mata untuk menyebarkan propaganda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tidak seperti aplikasi lain yang mempromosikan kandungan mengejutkan secara algoritma kepada orang ramai tapi di Telegram, pengguna hanya menerima kandungan yang mereka langgan secara khusus.
“Oleh itu, tidak mungkin saluran Telegram boleh digunakan untuk menguatkan propaganda dengan ketara. Sebaliknya, ia berfungsi sebagai sumber maklumat langsung untuk penyelidik, wartawan dan pemeriksa fakta,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Zionis dilaporkan telah melepaskan beberapa peluru berpandu menggunakan pesawat pejuang di sekitar Hospital al-Quds di kejiranan Tel al-Hawa, awal pagi ini.

Tindakan kejam tersebut bertujuan memaksa penduduk yang mencari perlindungan di situ bergerak ke arah selatan. Difahamkan, Israel semalam mengancam untuk mengebom hospital Al-Quds

Ketika ini, kira-kira 12,000 orang sedang mencari perlindungan di hospital, selain kira-kira 400 pesakit dan ratusan yang cedera.

Sumber: NDTV World

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd