Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

UPSR Tidak Akan Dikembalikan, Tumpu Kepada Kurikulum 2027- Fadhlina Sidek

UPSR Fadhilan Sidek

Menteri di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Fadhlina Sidek  memaklumkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dikembalikan, lapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika disoal berikutan ramai ibu bapa mahukan UPSR dikembalikan sebagai penanda aras pencapaian anak-anak mereka.

UPSR tidak akan dikembalikan – Fadhlina Sidek

Maklum Fadhlina, usaha KPM pada ketika ini adalah memberi tumpuan kepada Tinjuan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027. Ia bertujuan bagi membangunkan kurikulum persekolahan baharu demi memastikan pendidikan masa depan lebih kukuh.

“Ini kerana kita mahu libat urus yang meluas untuk (mendapatkan) input-input bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara.
“Apatah lagi, sekarang ini kita nak beri tumpuan kepada pentaksiran holistik kepada anak-anak kita khususnya pembangunan mereka secara keseluruhan bagi memastikan antaranya karakter (murid dan pelajar) boleh diperkukuhkan,”ujarnya.

Fadhlina juga meminta para ibu bapa diminta untuk memberikan tumpuan kepada usaha KPM yang akan mengadakan jelajah atau jerayawara berhubung kurikulum baharu ini.

UPSR Fadhlina Sidek

Artikel lain: Identiti Pelajar Dikenalpasti, Fadhlina Sidek Minta Turunkan Video ‘Vandalisme’

Advertisement. Scroll to continue reading.

DIfahamkan, pelaksanaan tindakan segera dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran dijalankan secara efektif dengan merujuk kepada aras yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

Menteri Pendidikan sebelum ini, Dr Radzi Jidin. Radzi memaklumkan UPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun 2021 selepas selepas hasil libat urus dengan pelbagai pihak sejak peperiksaan berkenaan dibatalkan susulan Covid-19.

Sumber: Harian Metro (Nur Izzati Mohamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd