Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Identiti Pelajar Dikenalpasti, Fadhlina Sidek Minta Turunkan Video ‘Vandalisme’

Hari ini, kecoh di media sosial mengenai sekumpulan pelajar sekolah di Simpang Ampat, Pulau Pinang melakukan perbuatan vandalisme serta keganasan terhadap harta sekolah.

Beberapa video tular  berdurasi 28 dan 58 saat memaparkan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah selepas tamat sesi persekolahan semalam.

Menerusi video itu, kumpulan pelajar yang dipercayai bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan, di sini dilihat merosakkan peralatan sekolah seperti kerusi, kipas dan pintu tandas

https://www.facebook.com/mohamad.nizwan.5/posts/pfbid05JyYQ6j9moZ2F2f1A73ngYdfsXMNiLce27fBcuteJkWpn1g8VGeGUzHswfvnpyeql

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jaga imej sekolah, Menteri Pendidikan minta turunkan video

Terbaharu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meminta orang awam agar tidak menularkan video berkenaan dan menurunkannya dengan kadar segera.

Fadhlina berkata, mereka perlulah menurunkan video berkenaan bagi menjaga serta memelihara identiti pelajar dan sekolah terbabit.

“Saya harap perkara ini tidak ditularkan dan berharap semua pihak dapat menurunkan video terbabit supaya kita dapat memberikan tumpuan untuk pemulihan kanak-kanak ini, khususnya kaunseling kepada mereka,” katanya.

Katanya lagi, mungkin wujudnya perkara lain yang mendorong pelajar berkenaan bertindak sedemikian meskipun sedar adalah tidak wajar melakukan budaya vandalisme.

“Saya tak fikir itu budaya dan tak wajar pun dijadikan budaya. Dalam hal ini, saya fikir ada perkara lain yang menyebabkan mereka melakukan perbuatan itu,” katanya lagi.

Identiti pelajar dah dikenalpasti

Dalam pada itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal memaklumkan mereka sudah mengenalpasti identiti sekumpulan pelajar merosakkan harta sekolah tersebut.

Ujarnya, pihak sekolah berkenaan sudah mengenalpasti dan kini sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perkara ini (kegiatan vandalisme) berada dalam pengetahuan pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Tindakan pertama sekolah adalah memanggil anak-anak ini (pelajar) dan ibu bapa mereka untuk siasatan.
“Berdasarkan video tular itu, saya tidak fikir ia satu perkara yang sepatutnya berlaku dan kita memang tidak berkompromi dengan tindakan-tindakan vandalisme dan keganasan,”ujar Fadhlina.

Tambah beliau, mereka yang terlibat dalam kegiatan vandalisme perlulah diberikan bimbingan dan kaunseling.

Fadhilan berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Bantuan Awal Persekolahan Kawasan Ahli Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi, di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Nibong Tebal, di sini, hari ini.

Sumber: Harian Metro (Nor Izzati Mohamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd