Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

‘The Original Gangster’ Belum Keluar, Syamsul Yusof Mahu Hasilkan Filem Baru Pula

Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof umum mahu hasilkan filem baru bergenre seram sekali lagi selepas Khurafat, Munafik 1 dan Munafik 2.

Menerusi satu perkongsian di Insta Storynya, dia memuat naik gambar memaklumkan dia sedang menulis skrip untuk filem baharunya.

Syamsul Yusof mahu hasilkan filem baru

Syamsul Yusof mahu hasilkan filem baru

Foto: Astro Gempak

“Sedang menulis skrip baharu untuk Astro Shaw. Ini filem seram saya selepas Khurafat, Munafik 1 dan Munafik 2. Bismillah,” katanya.

Walaupun masih dibelenggu kontroversi rumah tangganya, pengarah berusia 39 tahun itu tidak menjadikannya halangan bagi menghasilkan naskhah baharu.

Artikel lain: Syamsul Yusof Syukur, Filem Mat Kilau Turut Ungguli Carta Top 5 Netflix Israel

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, antara karya yang mendapat sambutan sehingga mencatat sejarah adalah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dengan kutipan panggung RM97 juta tahun lalu.

Selain itu, Munafik juga berjaya meraih kutipan sebanyak RM17.04 juta pada 2016 manakala Munafik 2 pula mencecah sehingga RM37.78 pada 2018.

View this post on Instagram

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, selain menghasilkan filem seram, dia juga menghasilkan filem genre aksi seperti KL Gangster 1, KL Gangster 2 dan Abang Long Fadhil yang turut mendapat sambutan ramai.

Terbaru, Syamsul juga pernah berkongsi perkembangan filem baharu arahannya berjudul The Original Gangster dan sedang berada di set penggambaran.

The Original Gangster antara filem yang ditunggu penonton kerana mempunyai barisan pelakon hebat tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Soffi Jikan dan ramai lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Gempak (Mya Amri), Instagram Syamsul Yusof

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd