Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Syamsul Yusof Syukur, Filem Mat Kilau Turut Ungguli Carta Top 5 Netflix Israel

Sejak mula ditayangkan di panggung wayang seluruh Malaysia pada 23 Jun lalu, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan pengarah hebat, Syamsul Yusof berjaya mencipta fenomena dalam industri perfileman tempatan. Malah, ia juga menembusi pasaran Singapura, Brunei dan Indonesia.

Tidak terhenti tembusi pasaran perfileman negara jiran, bahkan ia juga ditayangkan di platform penstriman popular iaitu Netflix yang sudah menemui penonton di seluruh dunia sejak 16 September lalu.

Apa yang menariknya, selepas tujuh hari ditayangkan di Netflix, Mat Kilau tersebut telah menjadi antara top 5 filem yang popular di Israel pada 22 September seperti yang dilaporkan oleh FixPatrol.

Khabar baik itu turut mendapat perhatian pengarah filem itu sendiri kerana tidak menyangka sentuhan karya arahannya itu berjaya meraih populariti di Netflix Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih mengejutkan apabila Mat Kilau menduduki carta keempat dalam Top 10 filem paling ramai ditonton di negara itu setakat semalam.

“Alhamdulillah saya bersyukur dengan sambutan luar biasa ini. Saya diberitahu filem ini menjadi antara paling menarik perhatian di beberapa buah negara termasuk di Israel dan Turkiye.”ujar Syamsul.

 

Pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof  menyifatkan pendekatan agama Islam yang ditonjolkan dalam filem tersebut sebenarnya telah berjaya membuka mata penonton dunia sehingga ia menjadi perhatian utama.

“Bagi saya, walaupun bahasa kita tidak difahami oleh orang-orang Israel atau negara luar, tapi firasat saya kuat mengatakan mungkin nilai agama Islam yang dipamerkan dalam filem ini menjadikan karya ini mendapat perhatian.
“Selain itu, saya percaya, orag luar begitu tertarik dengan budaya yang ditonjolkan dalam filem ini seperti busana yang digayakan oleh barisan pelakon,”katanya lagi.

Tambah Syamsul, sejak filem terbabit ditayangkan di Netflix, dia tidak henti dihujani dengan pelbagai ucapan daripada penonton dari luar negara yang telah menyaksikan Mat Kilau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dikesempatan itu, pengarah berusia 38 tahun merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelakon dan semua pujian itu harus diberikan kepada mereka.

Syamsul berkata, dia tidak menyangka Mat Kilau berjaya sampai ke tahap ini apabila mula menjadi bualan ramai sewaktu ditayangkan sehinggalah memasuki pasaran Netflix.

“Sehingga hari ini saya tidak henti dapat mesej peribadi di Instagram daripada penonton luar negara. Ada yang dari Australia, Jerman dan ramai lagi yang menghantar mesej tapi saya tidak sempat membalasnya.
“Insya-Allah saya akan terus perbaiki dan menghasilkan filem yang lebih baik. Doakan semoga filem saya yang akan datang berjalan dengan lancar,” katanya.

Selain popular di Netflix Israel, Mat Kilau juga berjaya meraih kedudukan nombor empat dalam senarai Top 10 filem paling popular di Netflix seperti Jamaica, Oman, Maghribi, Nigeria dan Romania.

Malah, negara lain seperti Bahamas, Arab Saudi, Korea Selatan, Cyprus, Finland, Greece, Hong Kong, Norway, Portugal, Filipina, Peru dan beberapa buah negara yang lain menduduki senarai carta Top 10 filem popular di Netflix.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Mat Kilau berjaya meraih kutipan hampir RM100 juta sejak ditayangkan pada Jun lalu dan sekaligus menjadi filem kutipan tertinggi di negara ini mengatasi kejayaan Avengers: End Game sebanyak RM87 juta.

Filem epik terhangat ini dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As’ari, Datuk Rahim Razali dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Sumber: Harian Metro, Flixpatrol

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular sekeping gambar memaparkan seorang kanak-kanak menenangkan rakan sekelasnya yang terlalu gementar untuk hadir ke sekolah sehingga menyentik hati masyarakat melalui tindakannya....

Sosial

Bekas isteri kepada bekas pemain bola sepak Indonesia Kurnia Meiga iaitu Azhiera Adzka Fathir mendedahkan bekas suaminya itu seringkali berlaku curang ketika mereka masih...

Lokal

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 berkemungkinan tidak akan melibatkan pelajar-pelajar sekolah sekiranya ia dilaksanakan kembali. Dipetik menerusi laporan Astro Awani, kenyataan ini telah...

Dunia

Syarikat kosmetik terkenal dunia, The Body Shop telah fail bankrap dan menutup semua operasinya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS). Memetik laporan CNN, The Body...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.