Presiden Colombia, Gustavo Petro mengumumkan negaranya akan membuka kedutaan di pusat bandar Ramallah di Palestin.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau bertemu Duta Palestin, Raouf Al-Maliki.
“Saya telah menyatakan pendirian saya supaya persidangan keamanan antarabangsa diadakan bagi membuka jalan untuk mewujudkan dua negara merdeka dan bebas.
“Saya mengulangi solidariti saya untuk menegakkan hak keamanan,”lapor Agensi Anadolu memetik laporan Petro di X.
Tambah Petro, mereka juga akan menghantar bantuan kemanusiaan kepada Gaza selepas pintu koridor dibuka.
“Kami akan menghantar pesawat membawa bantuan kemanusiaan ke pinggir Gaza, menunggu koridor kemanusiaan dibuka,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Luar Colombia menuntut duta Israel “meminta maaf dan meninggalkan negara itu” selepas beliau mengkritik Presiden Petro kerana mengulas mengenai konflik Palestin-Israel, menurut laporan media.
Malah, Petro memberi ancaman untuk memutuskan hubungan Israel, selain tidak menyokong sama sekali penindasan terhadap rakyat Palestin.
Artikel lain: Colombia Halau Duta Israel, Tak Kisah Putus Hubungan Diplomatik
Petro berkongsi beberapa catatannya di media sosial yang mengkritik rejim Israel sejak konflik bermula.