Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Peminat Teruja Lee Min Ho Datang ke Malaysia Oktober Ini

Buat peminat k-drama, pasti ramai teruja menanti akan kelahiran pelakon tersohor Korea Selatan iaitu Lee Min Ho apabila mendapat tahu idola kegemaran mereka bakal terbang menemui peminat di Malaysia.

Mana tidaknya, selepas dapat berjumpa dengan Rain, kini mereka dapat berjumpa dengan oppa yang seorang ini pula, bukan?

Khabar gembira itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan syarikat jenama perkakas rumah Cuckoo di mana mereka akan mengadakan konsert ulang tahun ke-8 “CUCKOO Appreci8th” pada 1 Oktober nanti di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menariknya, sebagai duta jenama tersebut, oppa kesayangan gegadis ini turut membuat penampilan istimewa bersama penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengumuman tersebut sememangnya mengejutkan ramai orang terutama di kalangan peminat aktor berusia 35 tahun itu di mana mereka tidak sabar untuk hadir berjumpa dengan pemegang watak popular Goo Jun Pyo ini!

Difahamkan, selebriti lain turut tampil membuat persembahan seperti Hael Husaini, Dolla, Aina Abdul, Jamal Abdillah, Khai Bahar, Floor 88 dan ramai lagi akan memeriahkan majlis tersebut.

Wah, mesti meriah nanti! Tak sabar rasanya nak jumpa oppa Min Ho. Berbunga-bunga hati ni menghitung hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Twitter @theseoulstory

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd