Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Mantan Komander Tegur MALBATT: Misi Bakara, Remehkan Watak & Tidak Menggambarkan Realiti

Mantan Komander MALBATT 1, Operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Somalia II, Brig Jen (B) Datuk Abd Latif Ahmad tampil memberi teguran mengenai filem sentuhan Adrian Teh mengenai kisah perjuangan pasukan berkenaan.

MALBATT: Misi Bakara tidak gambarkan realiti

Memetik laporan BH Online, filem MALBATT: Misi Bakara baru-baru ini didakwa tidak menggambarkan realiti sebenar yang berlaku di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia, pada misi ‘Black Hawk Down’, lebih tiga dekad lalu.

Beliau terpanggil untuk mempersoalkan kenyataan Adrian Teh yang sebelum ini mendakwa 90 peratus paparan filem berkenaan diangkat daripada kisah benar.

“Beberapa babak yang dipaparkan tidak berlaku dalam misi Bakara. Ada antara babak dipaparkan dianggap bertaraf silap cerita, tidak ada kena mengena dengan misi Bakara dan boleh dianggap dongengan.
“Penjelasan ini dibuat selepas penerbit menyatakan apa yang dipaparkan dalam filem itu adalah kisah benar dan 90 peratus daripada jalan cerita ini tepat.
“Saya tidak ada masalah jika mereka kata, filem ini mengambil inspirasi daripada kisah benar. Tetapi, apabila mereka katakan 90 peratus daripada filem ini adalah fakta, itu agak membimbangkan,”ujarnya.

MALBATT

Kredit Foto: NSTP/Fathil Asri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bimbang kelirukan penonton mengenai MALBATT

Hujahnya, filem berkenaan bukan sahaja mengelirukan penonton dengan babak rekaan, malah mencalarkan reputasi anggota yang mengendalikan operasi tersebut.

“Saya khuatir penonton terima bulat-bulat apa yang mereka tonjolkan dalam filem ini, lantas memberi gambaran tidak benar terhadap misi berkenaan.
“Bukan sahaja apa yang mereka paparkan itu tidak benar, malah memalukan anggota tentera yang beroperasi di Somalia ketika itu. Tak eloklah jatuhkan maruah atau air muka kita.
“Saya bersama mantan Timbalan Komander Malbatt 1, Mejar Jen (B) Datuk Mohd Rozi Baharom sangat kecewa dan terkilan dengan apa yang berlaku,” katanya.
MALBATT

Antara babak dalam filem MALBATT: Misi Bakara

Sebelum ini, Adrian Teh mengaku beberapa bahagian dimasukkan elemen hiburan untuk memastikan naskah berkenaan lebih dekat dengan penonton, terutama watak Isa lakonan Safwan Nazri.

Dengan rekod kutipan tiket mencecah RM34 juta selepas lima minggu tayangan, filem MALBATT: Misi Bakara sentuhan Adrian Teh, menjadi antara naskhah paling diperkatakan peminat filem Melayu, ketika industri kreatif kembali rancak selepas lumpuh akibat penularan pandemik COVID-19, tiga tahun lalu.

Pengarah itu juga dilaporkan mendakwa mengambil inisiatif sendiri mengkaji dan menemu bual askar anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari MALBATT yang terbabit dalam misi itu pada 1993.

MALBATT

Tidak peka terutama watak

Abd Latif turut menghuraikan beberapa adegan dalam filem MALBATT: Misi Bakara yang didakwa tidak peka kerana menyentuh sensitiviti agama. Malah, ia juga mengundang salah tanggap terhadap imej, disiplin serta etika dalam dunia ketenteraan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebenarnya, tiada penembak hendap atau bom tangan dilempar. Selain itu, tiada askar kami yang tercampak keluar akibat perangkap samar atau letupan periuk api. Tiada sesiapa pun tercedera seperti yang digambarkan dalam filem berkenaan.
“Kami juga tidak pernah menggunakan jurubahasa Somali untuk berunding dengan pihak pemberontak militia.
“Watak Abdelle dipaparkan dalam filem hanyalah fiksyen dan babak itu ditayangkan semata-mata untuk mewujudkan kesan lebih dramatik supaya penonton teruja
“Selain itu, anggota kami tidak pernah berkelakuan sombong seperti babak yang menunjukkan askar kami menengking dan mencemuh anggota US Rangers dalam Armoured Personnel Carrier (APC),” jelasnya.

MALBATT

Tiada sebab cium ‘dog tag’

Bukan itu sahaja, beliau juga bersuara mengenai adegan seorang anggota MALBATT menyuruh sekumpulan askar AS yang diselamatkan mengikutnya ke laluan selamat di kawasan Pasar Bakara atas alasan dirinya sudah biasa dan yakin mengenai selok-belok lokasi terbabit.

“Peristiwa ini tidak berlaku kerana askar kami belum pernah ditugaskan meronda Pasar Bakara sebelum itu.
“Ketika itu, semua askar di bawah UNOSOM II tidak dibenarkan masuk ke dalam zon larangan atau kawasan Pasar Bakara,” katanya.
“Seperkara yang cukup ganjil dalam filem ini adalah paparan seorang askar kami yang berada dalam APC Condor mengucup ‘dog tag’ (tag pengenalan berantai yang dipakai mengikut peraturan ketenteraan).
“Tidak ada sebab seorang askar beragama Islam untuk mencium tag itu seolah-olah (menggambarkan) ia mampu memberi keselamatan kepada mereka dalam misi terbabit.
“Perlakuan ini secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya kepada penonton adakah ini perlakuan fasik? Apakah ini dengan secara langsung dan senyap-senyap, (dianggap) suatu usaha untuk menerapkan budaya asing dalam tentera kita,” dakwanya lagi.

MALBATT

Selain itu, babak memaparkan wartawan wanita berkulit putih memasuki kem MALBATT yang dipaparkan dalam filem berkenaan juga menjadi perhatiannya.

“Wanita itu dipaparkan dengan wajah kecewa kerana tidak dapat berjumpa pegawai untuk ditemuramah. Ditunjukkan juga situasi di mana dua anggota kami menghampiri wanita terbabit dan cuba untuk mengurat.
“Apabila bunyi letupan dan tembakan kuat terdengar, kedua-dua askar terbabit berbaring ke tanah dalam posisi ke hadapan, di mana salah seorang daripada mereka dilihat memeluk bahu wanita muda itu. Apakah motif pengarah menayangkan babak ini?
“Perlu diingatkan bahawa tiada orang luar dibenar melawat atau masuk tanpa izin ke kawasan kem MALBATT, tanpa pengetahuan komander. Peraturan ini ketat dalam suasana peperangan. Anggota kami sentiasa mengamalkan disiplin tinggi agar tidak mencemar nama baik MALBATT 1.
“Justeru, tidak wajar bagi penerbit filem ini meremehkan perwatakan askar kami ketika menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai pasukan pengaman yang berdisiplin tinggi,” katanya.

Artikel Filem lain: Gemencheh Boys Papar Kisah 6 Budak FELDA Jadi Pemain Kriket Bertaraf Dunia

Dalam pada itu, beliau juga meluahkan rasa terkilan dengan watak Kolonel Rahman lakonan Adlin Aman Ramlie sebagai komander misi, memberi persepsi negatif terhadap sisi peribadinya hingga memalukan dirinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun tidak menggunakan nama sebenar saya, namun, watak Kolonel Rahman yang menengking seorang pegawai operasi dengan penuh emosi membuatkan ramai menyangka apa yang dipaparkan menggambarkan diri saya sebenar.
“Ramai rakan saya yang sudah menonton filem itu bertanya, apakah saya bersikap begitu kepada anggota tentera saya?
“Perwatakan Kolonel Rahman itu bukanlah perwatakan sebenar saya. Pegawai dan semua peringkat MALBATT merangkumi golongan profesional yang cukup terlatih dan berdisiplin.
“Memang sudah menjadi sifat semula jadi mereka mempunyai akhlak tinggi, setiakawan dan sehati serta sejiwa,” katanya.

Kumpulan Pertama MALBATT 850-10 Ke Lubnan

Abd Latif menyatakan syarikat produksi tidak pernah menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai misi MALBATT di Somalia.

Tegas beliau, teguran yang dibangkitkan itu hanyalah sekadar mengelakkan imej anggota MALBATT dipandang rendah sehingga menjejaskan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sumber: BH Online ( Farihad Shalla Mahmud)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd