Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Baim Wong Menangis Dituduh Manfaatkan Orang Susah Demi Konten YouTube

Baru-baru ini, tular di laman TikTok seorang guru Indonesia yang membantu membersihkan rambut pelajarnya yang penuh dengan kutu.

Video tersebut telah ditonton puluhan juta viewers di aplikasi tersebut sehingga selebriti terkenal negara terbabit iaitu Baim Wong menyantuni kedua-duanya.

@zeraazzahra

Semangat anak cantik ,,, bu guru pantau terus sampai kamu bebas kutu🤗

♬ Ojo Di Bandingke – Denny Caknan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baim Wong datang jumpa guru dan murid

Menerusi Instagram pelakon tersebut, dia telah datang ke Solo dari Jakarta untuk bertemu guru serta pelajar yang dikenali sebagai Tamara.

Difahamkan, Baim sempat menghadiahkan sebuah basikal buat murid tersebut dan membantu menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga.

View this post on Instagram

A post shared by Baim Wong (@baimwong)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun dihentam netizen

Tindakan itu merupakan salah satu kerja baik yang dilakukan oleh Baim Wong dalam membantu orang-orang yang memerlukan.

Namun begitu, ada sesetengah pihak kurang senang dengan apa yang dilakukan oleh pelakon terbabit kerana mendakwa dia menggunakan orang susah untuknya membuat konten.

Tak pernah harap dikatakan baik

Ciapan yang tular di laman Twitter itu telah menjadi perbualan netizen dan rata-rata meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan media sosial berkenaan.

Susulan daripada itu, dia telah hadir ke salah sebuah program di televisyen dengan mengklarifikasi perkara terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam sedutan video temu bual itu, Baim dilihat hampir menangis dituduh seperti itu. Menurutnya, dia sama sekali tidak pernah ingin dipanggil baik kerana sedar dirinya manusia biasa dan tidak sempurna.

 

“Saya itu, kalau mikirin apa kata orang, kita enggak akan bisa maju,” ungkap
“Saya enggak pernah mau dibilang baik, saya enggak pernah mau dibilang bantu orang, kita tidak sesempurna itu, tapi karena emang kita suka.”
View this post on Instagram

A post shared by Baim Wong (@baimwong)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, dia mengakui bahawa pernah sakit hati dengan komen-komen jahat netizen mengatakan dia boleh mengaut ratusan juta rupiah dengan cara membuat konten dengan orang-orang susah.

Biar Allah sahaja yang tahu

Menurutnya, apa yang dilakukan cukup Allah sahaja yang tahu dan semua yang dikerjakan adalah dari rasa empati yang kuat untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

Kita datang ke rumah orang, kalau misalkan sebuah konten, kita konten habis itu kita pulang. (Tapi) ketika kita punya empati, dia ada 6-7 anak di sana, lo bisa pulang mikir, haduh,” ujar Baim
Kalau ini sebuah konten, buat apa kita bikin rumah yang tidak sebanding dengan Adsense gitu loh?” beber Baim.
“Saya tuh enggak pernah ngelihat video-video seperti itu sama sekali, karena kita biarin dengan apa yang gue lakuin, cuma kita sama Allah yang tahu, itu lebih dari cukup.” jelasnya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, ini bukan kali pertama Baim Wong terheret dengan isu seperti ini kerana beberapa konten yang dibuat sebelumnya turut mencetuskan perdebatan.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang menyokong niat murni pelakon terbabit kerana sedar masih ada yang memerlukan bantuan daripadanya untuk menghidupkan keluarga.

Sumber: Instagram Baim Wong, YouTube trans7, Twitter txtdrimedia

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd