Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yakin Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi mampu memberikan perkhidmatan terbaik demi mangsa banjir di negeri itu.
Zahid Hamidi minta Sanusi jangan sibuk
Zahid Hamidi yakin dan mendoakan agar kebajikan 1,452 mangsa banjir yang terdiri daripada lebih 400 keluarga di Kedah mampu diuruskan dengan baik oleh Sanusi.
Dalam pada itu, Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berharap agar Menteri Besar Kedah memberikan fokus terhadap rakyat dibawah pemerintahannya tanpa ‘menyibuk’ di tempat lain.
“Janganlah sibuk di kawasan orang lain. Jagalah rakyat sendiri,”ujarnya.
Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai situasi banjir di Kedah yang telah berlaku sejak 25 September lalu.
Artikel lain: “Masih Terkawal, Tak Perlu Darurat..”- Anwar Ibrahim Lawat Mangsa Banjir Di Johor
Harap pengundi tak termakan ‘pancing’
Memetik laporan Utusan Online, beliau juga berharap agar pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai tidak termakan dengan isu-isu yang dibawa oleh Sanusi
“Saya harap rakyat di Pelangai bijak sebagai mana pengundi di Pulai dan Simpang Jeram di Johor yang membuay keputusan tepat memilih wakil rakyat yang boleh meneruskan kesinambungan perkhidmatan di kawasan itu.
“Saya juga mengharapkan agar mereka menolak calon dari pihak yang tidak dapat meneruskan perkhidmatan selari kerajaan negeri dan Pusat,”katanya lagi.
Zahid Hamidi berkata, belia tahu Muhammad Sanusi akan menggunakan apa-apa sahaja strategi bagi mendekati pengundi. Ini tidak terkecualilah pengundi di tanah rancangan Felda di sini supaya membenci kerajaan Pusat dan negeri ketika ini.
Sementara itu, beliau juga mengingatkan pembangkan agar tidak mempersoalkan profesionalisme pihak berkuasa yang menjalankan tugas sepanjang berlangsungnya kempen PRK DUN Pelangai.
Beliau berkata demikian selepas timbul dakwaan yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini.
“Polis sangat profesional, mereka cuma memantau mana-mana parti politik atau calon yang melakukan kempen.
“Jangan persoalkan profesionalisme yang dilakukan agensi penguatkuasaan terutamanya oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia),” kata Zahid Hamidi.
Sumber: Utusan Online (Mohamad Shofi Mat Isa), Sinar Harian (Norhidayah Hairom)