Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

9,000 Kampit Beras 10kg Akan Dijual Dengan Harga RM26 Sahaja Di Melaka Esok

Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 esok menerusi program khas  jualan terbuka di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Melaka.

Beras 10kg akan dijual harga RM26 untuk rakyat tempatan

Memetik laporan dari Kosmo! Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh memaklumkan yang  bekalan itu hanya boleh dimanfaati oleh rakyat tempatan sahaja dengan pembelian sekampit beras untuk setiap keluarga.

“Kerajaan negeri bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri ada menyediakan 9,000 peket beras putih 10kg tempatan untuk dijual kepada rakyat negeri ini esok.
“Kita juga menetapkan setiap keluarga hanya boleh membeli sekampit beras dan bekalan ini tidak boleh dibeli oleh warga asing,” katanya.

Dalam pada itu, penjualan beras berkenaan akan dipantau rapat oleh Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan (Japerun) bagi memastikan tidak berlaku sebarang penipuan untuk mendapatkan faedah.

Kredit foto: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beras 10kg akan dijual, dijangka program dianjurkan saban minggu

Difahamkan, beliau menjangkakan yang program seperti itu akan dianjurkan pada setiap minggu bergantung kepada jumlah bekalan yang diperoleh daripada Kawalselia Padi dan Beras.

Program ini mungkin diteruskan pada setiap minggu sehingga bekalan dan harga pasaran beras kembali pulih.

Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) akan bekerjasama memantau aktiviti penjualan beras tempatan di semua pasar raya dan kedai runcit untuk memastikan bekalan sampai kepada rakyat,” ujarnya.

Terjah kilang beras

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkenaan telah menerjah operasi kilang beras dan memberi amaran kepada pihak penghilang untuk menarik semula lesen pengilang sekiranya gagal mematuhi arahan yang telah dikeluarkan bagi mengeluarkan beras tempatan dengan paket dan harga yang telah ditetapkan kerajaan.

Artikel lain: Akmal Salleh Terjah Kilang Beras, Tarik Balik Lesen Jika Enggan Patuh Arahan

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/watch/?v=1774549372981812

Ujarnya, beliau tidak peduli sekiranya pihak pengilang mengatakan mereka akan mengalami kerugian kerana beras harus berada di pasaran. Jelas Akmal tindakan tersebut bukanlah soal diskriminasi, sebaliknya mengutamakan keperluan rakyat tempatan.

Sumber: Kosmo! ( Diyanatul Atiqah Zakarya), Facebook Akmal Saleh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd