Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Selepas US & India, Indonesia Umum Bakal Haramkan TikTok Shop

Selepas Amerika Syarikat dan India mengharamkan penjualan atas talian melalui aplikasi TikTok Shop, negara jiran Indonesia juga akan mengambil langkah yang sama.

Memetik laporan Reuters, Menteri Perdagangan Indonesia mengumumkan pengharaman transaksi atas talian melalui media sosial pada Rabu lalu.

Tindakan tersebut berkuatkuasa serta-merta bagi melindungi peniaga luar talian dan pasaran kerana harga barang di TikTok Shop jauh lebih murah berbanding barangan di kedai biasa.

Walaupun TikTok Shop telah meningkatkan ekonomi terbesar di Asia Tenggara, namun aplikasi ini tetap menjadi ancaman kepada peniaga-peniaga yang tidak berniaga secara atas talian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiga bulan yang lepas, TikTok telah berjanji untuk melabur berbilion dolar di Asia Tenggara terutama di Indonesia dalam beberapa tahun akan datang bagi mengembangkan platform e-dagang, TikTok Shop.

TikTok yang dimiliki ByteDance China mempunyai 125 juta pengguna aktif di Indonesia dan syarikat ini ingin menjadikan TikTok Shop sebagai platform e-dagang peniaga tempatan.

Menurut jurucakap TikTok Indonesia, mereka bimbang dengan pengumuman tersebut terutama kesannya kepada enam juta peniaga tempatan yang aktif di TikTok Shop.

Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan berkata dalam satu sidang media pada Rabu lalu, langkah itu diambil bagi memastikan persaingan dalam perniagaan lebih adil disamping memastikan data pengguna dilindungi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, peraturan baru ini juga menyatakan bahawa harga minimum bagi barangan yang dibeli terus dari luar negara adalah AS$100 (RM469) dan semua barangan yang dijual haruslah memenuhi piawaian tempatan.

“TikTok perlu mematuhi peraturan ini dalam tempoh masa seminggu atau aplikasi ini akan berhadapan dengan ancaman ditutup,” kata Zulkifli.

Menurut peraturan itu juga, perniagaan atas talian hanya boleh dilakukan dengan membuat promosi barangan atau perkhidmatan seperti dalam TV dan transaksi adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Perniagaan melalui media sosial hanya boleh promosi barangan atau perkhidmatan dan tidak boleh lakukan transaksi secara langsung dan bayaran, terus seperti yang dilakukan di TV,” jelas Zulkifli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang penjual pakaian di TikTok, Fahmi Ridho, berkata platform tersebut adalah cara untuk memulihkan perniagaannya akibat pandemik Covid-19.

“Jualan tidak semestinya berhadapan, kita boleh lakukan secara atas talian atau di mana-mana sahaja,” ujar beliau.

Namun begitu, penjual pakaian di kedai borong, Edri sangat bersetuju dengan peraturan baharu itu dan menegaskan penjualan atas talian perlu ada hadnya.

Zulkifli Hasan akan menandatangani Peraturan Pemerdagangan Semakan No. 50 Tahun 2020 berkenaan Peruntukan Pelesenan Perniagaan, Pengiklanan, Pembangunan dan Pengawasan Pelaku Perniagaan melalui sistem elektronik di media sosial terutamanya TikTok Shop.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Reuters & Suara Merdeka (Nur Atikah)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd