Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ahmad Dhani Puji Orkestra Malaysia -“Kualitinya Lebih Bagus Berbanding Indonesia”

Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani puji kualiti dan kehebatan yang dimiliki oleh pasukan orkestra Malaysia.

Ahmad Dhani puji, orkestra Malaysia lebih bagus

Memetik laporan Kosmo! Online, vokalis berusia 51 tahun itu puji  kualiti orkestra Malaysia selepas melakukan sesi latihan bersama mereka, baru-baru ini.

“Sebagai seorang yang dikatakan pakar dalam bidang muzik, selepas menjalani latihan bersama pasukan orkestra Malaysia, ternyata kualitinya lebih bagus berbanding di Indonesia,”pujinya.

Ahmad Dhani puji orkestra malaysia lebih bagus

Tambahnya, ahli orkestra di Malaysia juga terdiri daripada pelbagai negara dan bukannya seperti di Indonesia yang cuma diakukan oleh orang tempatan.

Ahmad Dhani puji Malaysia, harap orkestra Indonesia berkembang

Dalam pada itu, pemilik nama Dhani Ahmad Prasetyo juga berharap agar muzik orkestra di Indonesia dapat berkembang dan diterima baik seperti negara-negara lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, dia juga berharap agar pasukan orkestra Indonesia juga akan dibiayai oleh kerajaan tempatan sana seperti mana dilakukan oleh Malaysia.

“Dengan orkestra kita membawa budaya baharu di Jakarta peminat muzik di sana masih dalam proses untuk menerima.
“Pasukan orkestra Indonesia belum lagi di tahap dibiayai oleh kerajaan seperti di Malaysia, harapnya akan ada,” katanya.

Ahmad Dhani Puji Orkestra Malaysia

Artikel lain: Muat Naik Gambar Cium Isteri, Netizen Dakwa Ahmad Dhani Mahu Sorok Masalah Rumah Tangga?

Dalam perkembangan lain, Ahmad Dhani dan kumpulan muziknya, Dewa19 akan mengadakan konsert Dewa19 A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia pada malam ini.

Malah, ia akan diiringi seramai 54 pemuzik orkestra tanah air dan sebanyak 34 buah lagu termasuk Risalah Hati, Sedang Ingin Bercinta dan Kangen akan disampaikan oleh Dewa19.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika penonton tidak bergoyang (menari), tidak bermaksud mereka tidak menikmati.
“Ada beberapa lagu kami yang memerlukan penghayatan dan tidak perlu bergoyang jika ingin berseronok pun,” katanya.

Sekadar info, kali terakhir Dewa19 mengadakan konsert di Malaysia adalah pada 9 dan 10 September tahun lalu menerusi Konsert 30 Years of Dewa19 yang sememangnya mendapat sambutan hangat di kalangan peminat tempatan.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd