Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sengaja Biarkan Adik Lemas Di Kolam? Abang Tiri Ditahan Sebagai Suspek

Seorang lelaki ditahan susulan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan akibat lemas di sebuah apartment di Bangi, Kajang pada 13 September lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, kanak-kanak berusia empat tahun itu lemas di kolam renang manakala lelaki yang diberkas merupakan abang tiri kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek diberkas pada Ahad setelah pihak polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian kejadian yang baru dapat diakses.

“Penilitian yang dijalankan berdasarkan CCTV tersebut mendapati ketika kejadian, suspek yang merupakan abang tiri mangsa turut berada di lokasi kejadian.
“Suspek dilihat sedang leka melakukan sesuatu sambil melihat sahaja mangsa yang sedang lemas tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.

Kejadian tersebut dilaporkan oleh pegawai perubatan Hospital Serdang yang menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada hari kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan mendapati kira-kira jam 3 petang, mangsa maut selepas dipercayai lemas ketika mandi di apartment tersebut sebelum dibawa ke klinik dan kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang bagi rawatan lanjut.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang, 14 September selepas mendapat rawatan dan kes awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” ujarnya.

Tambah Mohd Zaid, suspek berumur 26 tahun itu telah ditahan anggota polis dari Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi siasatan lanjut.

Kes ini disiasat dan diklasifikasin di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd