Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Selepas 20 Tahun Ditutup, Malaysia Buka Semula Kedutaan Di Baghdad

Setelah 20 tahun ditutup, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pembukaan semula kedutaan Malaysia di Iraq.

Menurut Berita Harian, pada tahun 2003, Pejabat Kedutaan Besar Malaysia yang ditempatkan di Baghdad ditutup susulan pencerobohan tentera Amerika Syarikat (AS) dan disokong negara sekutunya.

Pencerobohan itu diarahkan oleh Presiden AS pada ketika itu, George W Bush dengan alasan kononnya mahu memusnahkan senjata pemusnah besar dan menjatuhkan pemerintahan diktator Presiden Saddam Hussein.

Berikutan bimbang keselamatan mereka terjejas, beberapa negara lain telah mengambil keputusan untuk menutup atau memindahkan pejabat kedutaan mereka ke negara berdekatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malaysia juga mengambil langkah yang sama dan memindahkan pejabat kedutaan ke Kedutaan Besar di Amman, Jordan.

Namun begitu, ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 (UNGA) Datuk Seri Anwar memaklumkan kepada rakan sejawatnya dari Iraq, Mohammed Shia’ Al Sudani, bahawa Malaysia memutuskan untuk membuka semula Kedutaan Besar di Baghdad.

“Saya telah maklumkan keputusan kerajaan Malaysia untuk membuka semula kedutaan kami di Baghdad selepas penutupannya 20 tahun lalu.
“Dalam pertemuan itu, kami juga berpeluang bertukar pandangan mengenai isu antarabangsa dan serantau yang penting kepada kedua-dua negara,” kata Anwar.

Selain daripada itu, mereka juga telah bersetuju untuk menjalankan semula Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) yang ke-9 yang tertangguh sejak sekian lama dengan serta-merta.

“Mesyuarat ini akan menjadi platform kepada kedua-dua negara untuk membincangkan dan merangka skop kerjasama dalam pelbagai sektor, terutama ekonomi, pendidikan, penerbangan, pelancongan serta meneroka peluang kerjasama baharu,” katanya.

AS telah mengambil tindakan menceroboh Iraq atas dakwaan pejuang jihad Islam yang digelar sebagai pengganas di negara barat itu berpusat di negara Timur Tengah, termasuk Iraq.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saddam juga didakwa melatih pejuang untuk menyerang kepentingan negara barat termasuk AS dengan merempuh dua bangunan pencakar langit World Trade Center (WTC) di New York menggunaka kapal terbang pada 11 September 2001 yang kini dikenali sebagai Tragedi 9/11.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Zaini Kamaruzzaman)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd