Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Mata Makcik Tak Nampak”- Wanita Lumpuh & Suami Tinggal Di Pondok Berdinding Plastik

Tular sebuah hantaran memaparkan pasangan suami isteri tinggal di sebuah pondok berdindingkan plastik.

Difahamkan, pasangan itu menetap di Kampung Kebun Pinang, Pengkalan Kundor, dekat Alor Setar, Kedah.

suami isteri tinggal di pondok

Tinggal di pondok sebab isteri tak boleh panas

Memetik laporan Harian Metro, Zaimah Mohd Yusoff, 54, lumpuh akibat diserang angin ahmar selain tidak dapat melihat akibat menghidap kencing manis.

Difahamkan, Zaimah dan pasangan, Mat Saad Abu, 54, berpindah dari rumah anak kedua yang terletak bersebelahan pondok itu kerana wanita itu tidak boleh berada dalam suasana panas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia berikutan, Zaimah kerap kali diserang sawan. Jadinya, mereka mengambil keputusan untuk tinggal di pondok kerana ia lebih selesa dan nyaman.

“Sebelum ini kami tinggal di kampung isteri di Kuala Kangsar, Perak dengan kami berkerja sebagai pengawal keselamatan. Isteri menghidap kencing manis sejak sekian lama dan dia kemudian terbabit kemalangan motosikal menyebabkan kaki kanannya cedera parah.
“Pada 2020, kami diuji apabila isteri terkena serangan angin ahmar menyebabkan dia lumpuh dan tidak mampu berjalan, hanya tangan kanannya masih dapat bergerak.
“Akibat cuaca terlalu panas, isteri juga beberapa kali diserang sawan, jadi kami ambil keputusan tinggal di pondok ini kerana rasa nyaman dan sejuk, hendak menyewa di rumah yang lebih selesa memang saya tidak mampu,” ujar Mat Saad.
suami isteri tinggal di pondok

Anak perempuan selalu datang bagi makan, suap ibu

Ceritanya lagi, anak perempuan keduanya sering datang membantu di rumah termasuk menyuap makanan untuk isterinya selain dibantu dua anaknya lagi.

Dia yang kini hanya bekerja sebagai buruh denga sumber pendapatan tidak menentu antara RM40 hingga RM50 sehari berkata, setiap hari majikan akan menjemputnya untuk pergi dan pulang kerana tidak memiliki kenderaan.

“Kerja saya bukan setiap bulan ada, ada projek ada kerja, tiga anak saya semuanya perempuan, mereka sangat baik dan selalu membantu kami.
“Bagaimanapun, mereka sudah berkeluarga dan bukannya orang senang, anak perempuan kedua kami selalu datang membantu di rumah termasuk menyuapkan makanan untuk ibunya,” katanya.

Suami isteri tinggal di pondok

Artikel berkaitan: Pemuda OKU Jalan Kaki 5 Hari Cari Kerja

Pindah ke rumah sewa baru…

Dalam pada itu, pasangan ini mengakui agak bimbang tinggal di pondok , namun pasrah kerana ia satu-satunya tempat yang sesuai untuk didiami.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, nasib mereka berubah apabila Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) membantu menyewakan sebuah rumah di Kampung Terong.

Mereka juga dijangka berpindah pada hari ini.

“Alhamdulillah ada beberapa pihak datang melawat kami sejak kisah kami tular, Insya-Allah semua urusan kami ini dipermudahkan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu serta mendoakan kami.
“Buat masa ini, saya perlukan motosikal untuk memudahkan aktiviti harian selain membawa isteri ke klinik,” katanya.

Selain itu,  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil rakyat turut memberikan bantuan lain termasuk kewangan.

suami isteri tinggal di pondok

Sumber: Harian Metro (Noorazura Abdul Rahman), FB Za’anis Cookies

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd