Seorang pemuda hanya memperolehi RM123,556 Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas alat sulitnya terpotong sewaktu berkhatan kira-kira 12 tahun lalu.
Kejadian berlaku 12 tahun lalu
Memetik laporan dari Kosmo! Keputusan sebulat suara itu telah dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ravintharan Paramaguru selepas mendapati tuntutan RM1.3 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi itu terlalu besar.
Walau bagaimanapun, panel-panel tersebut berpendapat perayu iaitu Kerajaan Malaysia dan empat yang lain iaitu Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang; Pengarah Hospital; doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor tetap bertanggungjawab terhadap insiden tersebut meskipun ganti rugi tersebut telah dipinda.
Kami tidak berhasrat untuk menggangu dapatan yang dibuat oleh hakim terdahulu berhubung isu liabiliti (tanggungjawab) yang mendapati kesemua perayu telah cuai apabila melengahkan rawatan yang sepatutnya diberikan kepada responden (pemuda itu) sehinggalah pembedahan dilakukan pada pukul 8.30 malam.
“Bagaimanapun, bagi isu ganti rugi, kami mendapati campur tangan daripada pihak kami. Ganti rugi am sebanyak RM2 juta adalah terlalu tinggi. Oleh itu kami hanya memberikan RM100,000 bagi ganti rugi am. Ganti rugi teruk dan teladan yang masing-masing berjumlah RM500,000 (yang diperoleh sebelum ini) setiap satu turut dibatalkan kerana ia tidak pernah dimasukkan dalam pliding saman,” ujar pihak Hakim.
Untuk rekod, Kerajaan Malaysia telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan ganti rugi RM3.1 juta kepada seorang pemuda berusia 22 tahun selepas alat sulitnya terpotong ketika berkhatan 12 tahun lalu disebabkan kecuaian pihak hospital.
Pada 7 April lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman kecuaian yang difailkan pemuda kepada empat pihak yang disebutkan.
Mahkamah Tinggi telah membenarkan tuntutan ganti rugi khas RM108,356, ganti rugi RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000 dan ganti rugi teladan RM500,000 kepada mangsa.
Sumber: Kosmo! (Nuruzulsham Shamsuddin)