Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Banyak Negara TWICE Belum Pergi”- Sana Dedah Hasrat Selepas Kontrak Diperbaharui

Para peminat kumpulan K-Pop terkenal dari Korea Selatan iaitu Twice mesti tahu bahawa baru-baru ini, mereka mengeluarkan lagu terbaharu berjudul ‘Talk That Talk’ dan kini, sudah mencecah lebih 51 juta tontonan di laman YouTube mereka.

Bukan itu sahaja, menerusi sebuah video yang dimuat naik di YouTube, RE : EARTH Challenge: Twice’s Sana sempat berkongsi mengenai lagu mereka itu yang mula ditayangkan pada 26 Ogos lalu.

“Perkara utama dalam koreografi lagu “Talk that Talk” adalah, hampir kesemua koreografi tersebut dikaitkan dengan lirik lagu, jadi ada satu bahagian tarian yang sync dengan “L-O-V-E”,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sana turut memberitahu TWICE baru sahaja memperbaharui kontraknya bersama JYP Entertainment dan berjaya membuat kemunculan semula dengan album “BETWEEN 1&2”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“TWICE sudah memperbaharui kontrak dan fasa kedua aktiviti kami sudah bermula. Ada banyak lagi negara yang kami belum jelajahi. Jadi, saya harap dalam aktiviti selepas ini, kami berpeluang melawat negara-negara tersebut,” jelasnya lagi.

Sumber: @Kimchi Daily

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd