Baru-baru ini, India telah mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama apabila berjaya mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.
Difahamkan, penerokaan tersebut merukan satu misi penting untuk meneroka bulan dan kedudukan India sebagai kuasa angka selepas beberapa hari kapal angkasa Russia terhempas.
Bagaimanapun, pelakon terkenal, Shah Rukh Khan telah mengejutkan ramai apabila dia mendakwa mempunyai sebidang tanah di bulan.
Pendedahan tersebut telah mengejutkan ramai dimana dia menjelaskan tidak membeli tanah tersebut sebaliknya menerima hadiah daripada peminatnya yang berasal dari Australia.
Menurut aktor yang berusia 57 tahun itu, tanah itu adalah hadiah bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada 2002 dan diberi nama Laut Ketenangan mengikut Lunar Registey.
“Seorang wanita warganegara Australia membeli sebidang tanah di bulan setiap tahun pada ulang tahun kelahiran saya. Saya juga telah menerima sijil daripada Persatuan Republik Lunar,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, peminat yang ingin dikenali sebagai Glamsham itu mahu melihat Shah Rukh Khan individu pertama yang menjadi hero di tanah tersebut.
“Saya mahu dia menjadi wira filem Hindi pertama di bulan! Saya mahu dia menjadi yang pertama dalam segala-galanya,” luahnya.
Sumber: India Today