Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Perubahan, Nilai Ringgit Terus Susut Berbanding Dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama, kecuali dolar AS pagi ini, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun sedikit untuk mencatatkan paras 4.6535/6570 berbanding dolar AS daripada 4.6435/6485 pada penutupan Khamis.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata secara teknikalnya, ringgit berada dalam kedudukan terlebih jual untuk tempoh yang agak lama.

“Oleh itu, beberapa pembetulan boleh dijangka. Sebagai contoh, ringgit boleh mengukuh sekali-sekala terutamanya apabila titik data memperlihatkan beberapa kelemahan dalam ekonomi global.
“Indeks pengurus pembelian (PMI) global terkini bagi sektor pembuatan pada Julai ialah 48.7 mata, iaitu di bawah 50 mata, menunjukkan lebih banyak perniagaan di seluruh dunia menjadi kurang berkeyakinan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata pelabur masih menantikan ucapan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell di Simposium Jackson Hole malam ini yang dijangka memberi lebih banyak pencerahan berkenaan hala tuju dasar monetari AS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, ringgit dijangka berlegar sekitar RM4.64-RM4.65 berbanding dolar AS.

Pada sesi pembukaan pagi ini, mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1865/1891 daripada 3.1932/1968, meningkat berbanding euro kepada 5.0230/0268 daripada 5.0373/0427 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.8578/8622 daripada 5.8829/8892 pada penutupan dagangan Khamis.

Namun begitu, berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit bergerak hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.4298/4326 daripada 3.4292/4332 semalam (Khamis).

Mata wang tempatan susut berbanding baht Thai kepada 13.2749/2905 daripada 13.2645/2848, lemah berbanding rupiah Indonesia pada 305.1/305.5 daripada 304.5/305.0 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.19/8.21 daripada 8.17/8.19 pada Khamis

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA 

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade...

Sukan

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa...

Lokal

Pihak pengurusan Johnny’s Restaurant dan Black Canyon tampil memberi penjelasan berhubung isu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Foto: Laman web Johnny’s Menerusi...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) melancarkan Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT (YLTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam memperkasakan pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd