Tular di media sosial, seorang anggota polis dari Balai Khlong Luang bertindak menembak penghantar makanan yang melanggar prosedur keselamatan ketika memasuki sebuah pusat membeli belah di Wilayah Pathum Thani, Bangkok.
Difahamkan, Timbalan Inspektor Trafik, Phantae Buawichaisin telah melepaskan sedas tembakan di bahagian kaki penghantar makanan, Arkorn Yuenyong selepas enggan untuk membuka topi keledar semasa masuk ke pusat beli belah tersebut.
Tindakan itu dilakukan untuk menjaga keselamatan bank dan kedai emas di dalam pusat beli belah tersebut memandangkan penjenayah sering menyembunyikan identiti mereka dengan memakai topi keledar untuk melakukan rompakan.
Pun begitu, rakan kepada mangsa iaitu Sakkarin menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan Arkorn kerap memakai topi keledar ketika memasuki pusat beli belah pada setiap hari itu untuk memasuki wang di dalam mesin deposit tunai.
Jelasnya lagi, pada hari kejadian dia dan Arkorn mahu mendepositkan wang di Siam Commercial Bank (SCB) namun, Phantae telah menghampiri Arkorn dan memintanya untuk membuka topi keledar.
Pada waktu itu, Arkorn telah selesai memasukkan wang dan beredar dari lokasi tersebut dengan mengendahkan arahan yang dikeluarkan oleh Phantae.
Berang arahannya tidak dipatuhi, Phantae mengacukan pistol dan melepaskan tembakan di kaki kiri Arkorn.
Susulan kejadian itu, Superintendan Kiattisak Mitprasart menjelaskan Phantae hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis memandangkan kes rompakan sering berlaku di bank tersebut.
Hasil pemeriksaan turut mendapati Phantae negatif bagi ujian alkohol dan Kiattisak akan memberi jaminan siasatan akan dilakukan dengan telus dan adil.
Sumber: Thaiger