Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

“Debat Tiada Menang Atau Kalah, Yang Penting Perkara Disampaikan” – Rafizi Ramli

Hari ini, kecoh di media sosial mengenai sesi perdebatan antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bersama Penolong Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Mohd Syahir Sulaiman yang telah berlangsung semalam mengenai topik Ekonomi Malaysia.

Bagaimanapun, menerusi laporan Astro Awani, Rafizi menyifatkan tidak ada individu yang menang atau kalah ketika sesi perdebatan yang telah berlaku memandangkan rakyat hanya perlu faham konteks yang ingin disampaikan oleh kedua-dua belah pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Debat ini tiada menang dan kalah, yang paling penting adalah perkara yang disampaikan.
“Jadi kualiti ukuran sesuatu debat itu sama ada mesej yang kita nak sampaikan itu betul-betul difahami oleh penonton,” katanya.

Bukan itu sahaja, dia dapat memberi penjelasan kepada rakyat mengenai cabaran dan kerangka ekonomi Malaysia Madani kepada rakyat.

Malah, dia turut berharap melalui pendebatan ini mampu beri keyakinan serta kefahaman kepada orang ramai bahawa setiap perkara yang dilakukan selaku Menteri Ekonomi mempunyai cabaran yang tersendiri.

“Melalui budaya debat begini, akan lebih menyakinkan lebih ramai rakyat Malaysia bahawa ia mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara.
“Yang penting ia adalah sebahagian tugas saya untuk terus memberi pencerahan kepada rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Syahir yang juga merupakan ahli perlimen Bachok meluahkan rasa puas hati kerana dapat menyuarakan idea melalui sesi debat tersebut.

“Puas hati. Asalnya tak mahu berdebat. Saya dari sekolah tidak suka berdebat, kalau kawan-kawan berdebat saya lari.
“Tapi kali ini ada peluang untuk saya sampaikan mesej, idea dan isi hati rakyat, jadi saya ambil peluang dan saya sampaikan apa yang saya mahu sampaikan,” katanya.

Sumber: Twitter @Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd