Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pelajar Kunci Cikgu Luar Pagar Sebab Datang Lambat Ke Sekolah

Baru-baru ini, tular di laman sosial yang memaparkan beberapa orang guru dan staf sebuah sekolah dikunci di luar pagar selepas mereka terlewat datang ke sekolah telah berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @bohay91830 di laman TikToknya, difahamkan kejadian tersebut berlaku  di Sekolah Vokasional Negeri 4 Bangli, Bali.

@bohay91830

guru dan staf juga manusia,tempat kami salah tapi bukan sengaja..tidak semua yg bagus kami perlihatkan mengenai sekolah kami dan inilah salah satu pengamalan pancasila untuk membentuk karakter peserta didik yang kami terapkan disekolah,bahwa siapapun yang terlambat harus menghadapi konsekuensinya.maaf atas keterlambatan kehadiran kami,semoga kedisiplinan kedepannya bisa lebih ditingkatkan,sehingga bisa menjadi contoh dan panutan yang baik sebagai tenaga pendidik.#smk #guruterlambat #terlambatsekolah #keadilansosialbagiseluruhrakyatindonesia #pks #osis

♬ Tiara Andini Tega – Sadvibes🥀

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video tersebut, beberapa orang guru dan staf yag menaiki motosikal dihalang memasuki pekarangan sekolah supaya tidak mengganggu perhimpunan pagi.

Tindakan tersebut dilakukan untuk membentuk keaadilan sosial serta disiplin dalam kalangan warga sekolah tanpa mengira status sebagai seorang guru, staf mahupun pelajar.

Netizen puji tindakan pengurusan sekolah

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum serta memuji cara pengurusan sekolah dalam memberi contoh yang baik kepada orang lain.

Sepatutnya guru tunjuk contoh yang baik

Bagaimanapun, disebalik reaksi positif daripada orang ramai, ada segelintir netizen menegur guru-guru yang terlewat datang ke sekolah kerana mereka sepatutnya menunjukkan ‘role model’ kepada pelajar lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @bohay91830

+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Dunia

Bekas menteri di Kazakhstan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan memukul dan membunuh isterinya pada November tahun lalu. Memetik laporan The Astana Times,...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Lokal

Seorang pgawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan dilaporkan mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan kes bunuh seorang pelajar tingkatan lima yang dibacakan terhadapnya di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd