Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Faisal Halim Berserah Kepada Allah Selepas Digantung Empat Bulan

Pemain sensasi Selangor FC, Muhamad Faisal Halim telah digantung selama empat bulan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menerusi sebuah kenyataan semalam.

Menerusi laporan Sinar Harian, keputusan itu dibuat susulan kenyataan  media yang dilakukan pemain itu selepas aksi Liga Super menentang Sabah FC pada 27 April lalu.

Difahamkan, hukuman penggantungan itu berlangsung sebulan dahulu, bermula semalam (25 Julai) hingga 23 Ogos ini, manakala bakinya ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik pemain berusia 25 tahun itu selama setahun bermula 24 Ogos.

“Semalam, wakil kelab dan pemain hadir di hadapan Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk perbicaraan tatatertib. Pada hari ini, Selangor telah dimaklumkan mengenai keputusan Jawatankuasa Tatatertib tersebut.
Advertisement. Scroll to continue reading.

“Oleh itu, beliau tidak boleh disenaraikan untuk perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) (29 Julai), Kuala Lumpur City (8 Ogos), Negeri Sembilan (13 Ogos) dan kedua-dua perlawanan Piala Malaysia menentang PDRM FC (3 dan 19 Ogos),” menurut kenyataan itu,” ujarnya.

Terdahulu, Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey meluahkan rasa kekecewaan terhadap perlawanan menentang Sabah dengan berharap mendapat pengadilan yang sewajarnya.

Pada ketika itu, Selangor tewas ditangan Sabah 1-2 sewaktu perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pemain bola sepak yang berusia 25 tahun itu, dia berserah kepada Allah selepas dikenakan penggantungan.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Faisal Halim (@faisalhalim.7)

Sumber: Instagram @Faisal Halim, Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd