Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bukan ‘Buat Muka’, Mata Ahmad Zahid Lebam Kerana Pembedahan Saraf

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah mendedahkan mata ayahnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelihatan lebam dan bengkak kerana menjalani pembedahan mata akibat saraf organ tersebut tidak brfungsi.

Perkara tesebut dimaklumkan oleh Hidayah menerusi laman Instagramnya selepas menjawab persoalan daripada salah seorang pengikut mengenai keadaan kesihatan ayahnya.

Jelas Hidayah, ayahnya kini dalam proses pemulihan mata selepas menjalani pembedahan tersebut.

“Dia dalam pemulihan lepas pembedahan,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, dia turut menjelaskan mata ayahnya telah jatuh disebabkan kegagalan organ tersebut daripada terus berfungsi sehingga perlu membuat pembedahan dengan kadar segera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, dia menolak dakwaan orang ramai yang menuduh pemimpin tersebut membuat pembedahan muka sehingga mengundang fitnah di media sosial.

“Saraf mata dia tak berfungsi, tu mata dia jadi jatuh. Buat muka buat apa bukannya super star pun, kalau sampai mudarat sebab saraf mata kena la buat sesuatu.
“Tapi biasa la orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar,” katanya lagi.

Terdahulu, ramai yang tertanya-tanya mengenai keadaan mata Ahmad Zahid yang lebam selepas dilaporkan bercuti dua minggu.

Sumber: Instagram @nurul.zahid

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd