Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bercinta Dengan YouTuber? Park Seo-joon Enggan Komen – “Itu Kehidupan Peribadi Saya”

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila pelakon terkenal Korea Selatan, Park Seo Joon dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa bersama penyanyi dan YouTuber, xooos.

Menurut laporan Koreaboo, aktor yang berusia 35 tahun itu akhirnya tampil bersuara mengenai khabar angin terbabit selepas menjadi bualan hangat ramai terutama dalam kalangan peminatnya.

View this post on Instagram

A post shared by 박서준 (@bn_sj2013)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, Seo Joon tidak memberi sebarang jawapan mengenai isu terbabit memandangkan ia adalah perkara peribadi dalam kehidupannya.

“Saya mendengar berita itu sangat lewat semalam. Fikiran pertama saya selepas mendengar berita itu ialah saya mendapat banyak perhatian. Saya fikir mendapat perhatian itu adalah sesuatu yang patut disyukuri.
“Namun, dalam situasi saya, saya merasakan banyak tekanan dalam mendedahkan kehidupan peribadi saya dan sukar untuk mengatakan apa-apa yang patut diberi perhatian kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan peribadi saya.
“Ini adalah jadual rasmi pertama saya untuk  Concrete Utopia jadi saya harap anda menunjukkan minat yang tinggi terhadap filem itu,” ujarnya.
View this post on Instagram

A post shared by 박서준 (@bn_sj2013)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, xooos atau nama sebenarnya Kim Seo-Yeon mempunyai lebih 1.5 juta pengikut di YouTube. Pada tahun ini, dia merupakan artis dibawah agensi WAVY.

View this post on Instagram

A post shared by xöoos 수스 (@xooos_)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Koreaboo

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd