Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekas Menteri Pengangkutan Dakwa Axia E Abai Ciri Keselamatan, Tiada ABS & ESC

Bekas menteri pengangkutan, Wee Ka Siong menegaskan ciri keselamatan tidak patut diambil ringan demi menjadikan sesebuah kenderaan sebagai harga mampu milik.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Wee di laman Facebooknya, meskipun kereta Axia E yang dijual pada harga RM22,000, namun ciri keselamatan seperti  Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) tidak terdapat pada kenderaan tersebut.

https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/pfbid021HYvgHmcBPBz53c2Etot5WaHKocCUZko4thprruzKJCQKNwqsXxaxWJYAUwYVXrjl

Jelasnya, dua ciri teknologi itu adalah sangat penting pada kenderaan memandnagkan ia dapat mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kajian menunjukkan bahawa ESC dan teknologi anti-gelincir lain bagi kenderaan boleh menghalang kira-kira 40% kematian dan pelanggaran daripada kemalangan akibat hilang kawalan.
“Itulah sebabnya Kementerian Pengangkutan bawah pentadbiran Liow Tiong Lai sebagai menteri sebelum ini mewajibkan semua kereta baharu memiliki ESC mulai 1 Jun 2018,” katanya.

Bukan itu sahaja, beliau menggesa agar pihak Perodua membuat semakan semula terhadap model tersebut yang turut tidak mempunyai kunci pusat yang membolehkan empat pintu kenderaan dikunci secara automatik.

“Saya difahamkan bahawa spesifikasi Axia-E adalah berdasarkan kelulusan yang diberikan bawah NCAP pada 2014. Tetapi zaman telah berlalu, dan kita mempunyai pengetahuan serta kepakaran yang lebih baik dalam bidang ini,” ujarnya lagi.

Difahamkan, model Perodua Axia E telah dilancarkan pada Khamis lalu, dengan menyasarkan kepada penunggang motosikal yang ingin memiliki kereta, sekolah memandu, dan golongan berpendapatan rendah.

Sumber: Facebook @Wee Ka Siong

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd