Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Zaid Minta Anwar Bebaskan Najib -“Rasuah 42 Juta Hanya Perkara Kecil”

Umum sedia maklum, bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta berikutan tuduhan rasuah terhadapnya dalam kes SRC International berjumlah RM42 juta.

Bagaimanapun, menerusi ciapan yang dimuat naik oleh bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim di laman Twitter, dia menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim membebaskan Najib ‘demi rakyat’.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ke hadapan perdana menteri, anda perlu ubah fikiran tentang Najib – demi rakyat. Biarkan dia bebas.
“Dalam pilihan raya negeri akan datang ini, (kerajaan) Madani perlu menang; anda perlu jadi perdana menteri untuk beberapa tahun lagi,” katanya.

Ujarnya, Umno kini dalam keadaan lemah dan mendakwa hanya Najib mampu membantu parti tersebut menang pada PRN yang bakal diadakan di enam negeri kelak.

Bukan itu sahaja, dia menganggap kes rasuah yang membabitkan Najib berjumlah RM42 juta adalah perkara kecil memandangkan kegiatan keji tersebut sudah berlalu semasa pemerintahan Anwar.

“Sudah tentu, dia sudah didapati bersalah, tetapi dalam ‘scheme of things’, RM42 juta adalah ‘small change’.
“Lagipun, mulai sekarang, rasuah adalah perkara yang sudah berlalu di bawah kepimpinan anda yang tegas dan bersih. Tiada siapa boleh kata anda berlembut dengan rasuah jika mengampuni Najib,” jelasnya lagi.

Malah, menurut laporan Malaysia Kini, Zaid tampil memberi penjelasan RM42 juta dalam kes bekas perdana menteri itu adalah “lebih kecil” berbanding kes-kes rasuah lain yang melibatkan ratusan juta atau malah berbilion ringgit.

Sumber: Malaysia Kini, Twitter @zaidibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd