Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Mak Virgoun Merungut, Duit Bulanan Daripada Bekas Menantu Tak Cukup

Ibu kepada penyanyi Indonesia terkenal, Virgoun iaitu Eva Manurung meluahkan rasa tidak puas hati apabila bekas menantunya, Inara Rusli dikatakan tidak cukup memberikan wang bulanan.

Menurut laporan mStar, Eva memberitahu wang bulanan berjumlah  IDR2.7 juta atau RM840 yang diterimanya tidak mampu menampung kehidupannya.

Bagaimanapun, enggan membiarkan isu tersebut terus menjadi bualan hangat ramai, Inara menjelaskan wang bulanan itu adalah jumlah yang dipersetujui antara mereka sebelum ini.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by 𝐼 𝑁 𝐴 𝑅 𝐴 (@mommy_starla)

“Itu adalah persetujuan bersama… semua keputusan dipersetujui oleh Virgoun, bekas ibu mentua dan adiknya. Jadi saya hanya beri ikut sesuai perjanjian,” katanya.

Bukan itu sahaja, Eva pernah memberitahu Inara terlalu berkira soal wang disebabkan kerap melancong dan bersosial.

Sekadar info, Inara mendedahkan Virgoun telah menggunakan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks ternyata telah mengejutkan ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan terlalu malu dengan pendedahan yang dilakukan oleh Inara, Virgoun telah bertindak memfailkan penceraian di Pejabat Agama Jakarta Barat pada 5 Mei lalu.

Sumber: mStar

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd