Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tarian Ghairah Jennie BLACKPINK Dalam ‘The Idol’ Dikritik Peminat

Umum sedia maklum, penyanyi terkenal Korea Selatan, Jennie Blackpink terlibat dalam sebuah drama menerusi siri HBO ‘The Idol’ sebagai salah seorang pelakon telah berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan potongan babak dalam episod pertama  yang telah disiarkan pada 5 Jun lalu dimana Jennie muncul kira-kira 10 minit dalam tayangan perdana drama itu.

@ceoofwonyounghandfanbase

Some of this were cut #kpop #kpopfyp #jennie #blackpink #theidol #ceoofwonyounghandfanbase #dyanne

♬ original sound – Wonyoung’s hands

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam drama tersebut, Jennie telah memegang watak sebagai Dyanne, salah seorang kawan rapat dan penari kepada Jocelyn (Lily Rose-Depp).

Jennie kenapa awak buat macam ini?

Bagaimanapun, menerusi video tersebut, tarian ghairah dan provokatif yang dilakukan oleh selebriti yang berusia 27 tahun itu telah membuatkan ramai tak senang hati apabila melihatnya.

Bagaimanapun, menerusi laporan wakil industri, Jennie mendedahkan dia telah menerima watak dalam drama tersebut adalah secara suka rela tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Dia menerima tawaran terus untuk membintangi ‘The Idol’ dari The Weeknd dan produser siri itu lantas bersetuju untuk mengambilnya.
“Jennie bertemu dengan The Weeknd secara peribadi dan menerima lamaran untuk membintangi ‘The Idol’. Dia sendiri meluahkan keinginan untuk berlakon dalam projek ini.
“Dia sedar mengenai watak yang akan dibawa dan babak apa yang akan dilakonkannya. DIa mempunyai sesuatu yang mahu dipaparkan sendiri,” ujarnya.

Sekadar info, ‘The Idol’ menceritakan tentang dunia industri bintang idola pop popular, diterbitkan bersama The Weeknd dan pengarah Sam Levinson, yang pernah mengarah siri HBO popular ‘Euphoria’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: WikiTree, TikTok @wonyoung’s hands

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd