Connect with us

Infozon

5 Fakta Olimpik Tokyo 2020 Yang Ramai Tak Tahu

Sukan Olimpik tidak asing lagi di mata masyarakat dunia. Sukan yang diadakan setiap empat tahun sekali itu itu disertai lebih 200 buah negara termasuk Malaysia. Bagi tahun ini, tuan rumah temasya Olimpik 2020 merupakan Jepun dan diadakan di Tokyo.

Korea Utara tidak menyertai Olimpik tahun ini

Korea Utara merupakan satu-satunya ahli jawatankuasa Olimpik yang tidak menyertai temasya Olimpik Tokyo 2020.

Hal ini kerana bimbang terhadap pandemik Covid-19 serta mahu ‘melindungi atlet daripada krisis kesihatan dunia’.

Ini merupakan kali kedua Korea Utara menarik diri selepas berbuat demikian di Seoul 1988.

Rusia sertai bawah panji ROC

Rusia dilarang untuk menyertai mana-mana kejohanan besar disebabkan terlibat dengan isu ‘doping’.

Advertisement

Namun atlet mereka masih dibenarkan bertanding dengan syarat berada di bawah bendera terkecuali serta dikenali dengan nama Russian Olympic Commitee.

Sudan Selatan muncul kali kedua

Merdeka pada tahun 2011, Sudan Selatan muncul buat kali kedua dalam penyertaan sukan Olimpik, selepas Olimpik Rio 2016.

Eswatini pertama kali menyertai acara sukan antarabangsa

Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi kejohanan sukan pertama bagi negara ‘Eswatini’ kerana sebelum ini mereka bertanding di bawah nama Swaziland.

Hal ini berikutan, Raja Mswati III, pemerintah di Swaziland mengumumkan nama baru negara itu sempena 50 tahun kemerdekaan negara mereka pada tahun 2018.

Macedonia Utara

Selain Eswatini, Macedonia Utara turut mengguakan nama barunya. Di mana sebelum ini, negara tersebut bertanding di bawah beberapa nama lain seperti ‘Republic of Macedonia’ dan ‘Former Yugoslav Republic of Macedonia’ sejak tahun 1996.

Advertisement

Sumber: TikTok @5fakta_

Continue Reading
Advertisement

Trending